in ,

Teater KENA MAIN Arahan Khalid Salleh

Terbaru tentang seni pementasan teater, Budiey dapat perkhabaran di mana Khalid Salleh bakal mengusahakan satu pementasan teater berjudul Kena Main yang dibawa ke panggung prestij Istana Budaya selepas 17 tahun sejak kali pertama dipentaskan.

Pementasan teater Kena Main ini adalah sebuah produksi terbitan bersama Istana Budaya dan Institut Terjemahan & Buku Malaysia.

Khalid-Salleh

Teater KENA MAIN yang akan dipersembahkan kepada umum pada Mac 2015 ini merupakan karya dan arahan Khalid Salleh, aktivis teater, pengarah, pelakon yang diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-43 di Taipei pada 1998.

Kena Main pernah dipentaskan pada tahun 1998 dan mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Record sebagai teater pertama di Malaysia yang menampilkan orang kurang upaya (cacat penglihatan) sebagai watak utama. Kena Main mengisahkan kegigihan dan sikap tidak berputus asa pemuzik jalanan yang cacat penglihatan menghadapi cabaran dalam mencari rezeki di Kuala Lumpur, dengan kisah kehidupan yang wajar dijadikan contoh segenap lapisan masyarakat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014

SUSANNE BIER Pengarah Filem AFTER THE WEDDING