in ,

Lonjakan Kes COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia

Di Malaysia kini lebih 1 juta orang sudah dijangkiti dengan wabak COVID-19. Semalam sahaja, Malaysia mencatatkan angka kes baru sebanyak 15,764, manakala korban yang meninggal dunia akibat wabak ini semalam pula adalah 219 orang.

Dalam satu data yang dikumpulkan oleh Our World In Data, kajian itu mendapati dalam nisbah kes positif per populasi, Malaysia adalah antara negara yang mempunyai rekod tertinggi dan terburuk di dunia.

Memetik laporan berita CNBC International, Our World In Data yang dikendalikan oleh para penyelidik dari University of Oxford dan organisasi bukan untung Global Change Data Lab di UK menyatakan data yang dikeluarkan itu adalah berdasarkan purata pergerakan tujuh hari, di mana Malaysia mencatatkan 483.72 disahkan terkena jangkitan COVID per juta orang pada hari Rabu. Ini menjadikan Malaysia berada di kedudukan kelapan tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia.

Sementara itu, kematian harian yang dilaporkan akibat wabak COVID adalah sekitar 4.90 per juta orang pada hari Selasa berdasarkan purata pergerakan tujuh hari. Itu adalah yang ke-19 tertinggi di dunia dan ketiga tertinggi di Asia setelah Myanmar dengan nisbah 6.29 dan Indonesia dengan nisbah 5.79.

Lonjakan Kes COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia

Sebilangan penganalisis berpendapat bahawa jumlah kes COVID yang tinggi disebabkan oleh tindak balas menangani wabak yang kurang baik dan responsif. Walaupun Malaysia sudah menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan berkali-kali, krisis politik yang terjadi di negara ini telah memberi kesan kepada kenaikan kes di Malaysia.

Joshua Kurlantzick, penyelidik Asia Tenggara di badan pemikir Majlis Hubungan Luar Negeri berkata bahawa pemerintahan Malaysia kini dilihat kacau bilau, manakala pertikaian politik yang berterusan telah memberi kesan dalam misi untuk menangani wabak.

Lonjakan Kes COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terburuk Di Dunia

Bagaimanapun, dalam pada pergolakan politik yang kian berterusan sejak perubahan tampuk pimpinan. Kerajaan Malaysia berjaya mempercepatkan langkah vaksinasi dalam beberapa minggu terakhir. Difahamkan lebih daripada 18% daripada 32 juta penduduk negara ini sudah mendapatkan suntikan vaksinasi sepenuhnya, menurut Our World In Data.

Untuk rekod, Ahli ekonomi dari bank Britain Barclays menganggarkan bahawa Malaysia, Singapura dan Korea Selatan bakal menjadi antara negara Asia yang akan mencapai tahap tertinggi vaksinasi tahun ini. Dan kerajaan Malaysia mengatakan bahawa misi utama mereka adalah untuk mendapatkan imuniti kelompok seawal akhir tahun ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tauke Jambu Nafi Ada Kaitan dengan Kes Pelawak Jadi ‘Bapa Ayam’ Yang Ditahan Reman

Selepas Bapa, Ibu Irwansyah Meninggal Dunia Akibat Dijangkiti Covid-19