in , , ,

Kemelut Poligami dalam Lagu TAKKAN MERUBAH Nyanyian Duet Sufian & Amira Othman

Filem Motif, Kini Mempertemukan Sufian Suhaimi dan Amira Othman dalam lagu duet TAKKAN MERUBAH.

Selepas masing-masing cemerlang dengan single solo hingga menjadi siulan peminat, terbaru penyanyi popular, Sufian Suhaimi dan Amira Othman muncul menerusi lagu duet, Takkan Merubah. Mempertaruhkan lagu ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh, Amylea, menariknya lagu itu menjadi runut bunyi filem Motif yang bakal menjengah di seluruh pawagam tanah air pada 26 September ini.

Meski ia kerjasama pertama membabitkan Sufian dan Amira, namun keduanya mampu melunaskan tanggungjawab diberikan dengan baik.

Pun begitu, Sufian, 27, mengakui wujud cabaran ketika merakamkan lagu itu disebabkan ‘range’ vokal yang berbeza dengan Amira hingga mengambil masa panjang.

“Sebagai penyanyi, saya perlu mencari kelainan dalam persembahan.

Saya tidak mampu lepaskan peluang berharga ini, tambahan pula sentuhan Farouk dan Amylea mempunyai magis tersendiri.

“Projek ini istimewa apabila saya dapat berduet dengan Amira.

Dia sangat menyenangkan, malah membuat persediaan rapi sebelum kami melangkah ke studio rakaman,”

“Seperti yang saya bayangkan, bekerjasama dengan Amira sangat ‘fun’ dan mudah.

Setiap masalah dibincangkan dengan baik dan masing-masing memberikan idea yang positif bagi menghasilkan melodi dan gabungan suara yang menarik.”

“Perbezaan ‘range’ suara saya dengan Amira adalah cabaran utama bagi mendapatkan keselesaaan dalam nyanyian.”

“Proses rakaman juga lebih lama dari apa yang saya bayangkan. Kami mengambil masa lebih kurang lapan jam bagi menyiapkan proses rakaman,”

“Namun, Sufian yakin dengan sentuhan emas daripada komposer lagu itu mampumenjadikan lagu tema filem berkenaan diterima ramai sekali gus memberi ’nyawa’ kepada filem itu.”

“Saya berharap lagu ini dapat menjadi lagu tema yang baik untuk filem Motif. Peranan ‘soundtrack’ dalam sesebuah filem adalah sangat penting bagi mengiringi perjalan sebuah filem,”

– Sufian Suhaimi

“Kami masuk studio pada 19 Ogos lalu untuk proses rakaman yang bermula jam 9 malam.

Memandangkan ia kerjasama pertama saya dan Amira, kami perlu terlebih dahulu mencari titik keserasian.

“Biarpun mengambil sedikit masa, saya tidak kisah kerana setiap komposer mempunyai cara tersendiri untuk memastikan lagu yang dirakamkan memberikan kepuasan kepada semua yang terbabit,”

– Sufian Suhaimi

Sementara, Amira menyifatkan kerjasama dengan Sufian sesuatu yang istimewa dan pengalaman menarik.

Dalam masa sama, Amira, 26, atau nama sebenarnya Nadi Amira Othman berkata, kali pertama bekerja dengan komposer lain membuka ruang baru untuknya dalam berkarya.

“Sebenarnya, pada awalnya pihak pengurusan saya memaklumkan lagu duet ini dengan artisperempuan. Tiba-tiba ada pertukaran dan digantikan dengan Sufian.”

“Walaupun ini kerjasama pertama kami, tapi masing-masing sudah kenal lama sebab pernah jumpa di banyak acara, tapi tidak pernah ada lagu bersama. Pendek kata, ia menjadi mudah,”

– Amira Othman

Sama seperti Sufian, Amira juga meletakkan harapan agar lagu dan filem itu mendapat sambutan baik.Amira juga berkata, dia sudi bekerjasama lagi dengan Sufian pada masa akan datang.

“Sekiranya lagu ini berjaya dan projek ini menjadi, tak salah jika kami ingin melakukan projek lagi bersama untuk cuba sesuatu yang baru atau ‘genre’ baru.”

“Tapi apa pon masih lagi dalam berbincangan. Kita nak tengok dulu bagaimana penerimaanorang ramai mengenai lagu saya dan Sufian,”

– Amira Othman

Khas buat peminat Amira Othman dan Sufian Suhaimi muzik video ‘TAKKAN MERUBAH’boleh di tonton pada harini jam 4 petang di Youtube channel Seventeen Eleven Music danAries Music!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

5 Reasons to Watch The Angry Birds Movie 2 This Weekend: 90-Minutes of Solid Fun

Ameerais & Danny Mojo Bergabung dalam Lagu SUDAHLAH