in , ,

Ameerais & Danny Mojo Bergabung dalam Lagu SUDAHLAH

SUDAHLAH merupakan single terbaru daripada Ameerais featuring Danny Mojo di mana Danny Mojo merupakan Producer untuk lagu yang bergenre Rock ini.

Ramai sedia maklum bahawa Ameerais merupakan ahli kumpulan Fourteen sejak 7 tahun yang lalu manakala Danny Mojo pula merupakan gitaris kumpulan yang pernah namanya melonjak naik suatu ketika dahulu dan masih diingati sehingga hari ini.

Ameerais & Danny Mojo Bergabung dalam Lagu SUDAHLAH

Lagu dan lirik adalah hasil ciptaan daripada Merah Biru ini menceritakan tentang kebahagiaan yang di khianati oleh pasangan dalam bercinta. Perasaan sayang dan cinta yang di sia-siakan telah menjadikan sebuah kelukaan. Kesakitan yang menyiksa itu membuatkan lelaki ini memilih untuk pergi meninggalkan pasangannya itu.

Bagi peminat yang menantikan perkembangan Ameerais, boleh dengarkan “Sudahlah” di semuaplatform digital muzik bermula 6 September ini. Beliau berharap lagu “Sudahlah” mendapat tempat dihati pendengar dan terus menyokong Ameerais dalam industri muzik.

Follow Ameerais :

Instagram : @ameerais.azhar

Facebook : Ameerais Azhar

Twitter : @AmeeraisAzhar

Ameerais & Danny Mojo Bergabung dalam Lagu SUDAHLAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kemelut Poligami dalam Lagu TAKKAN MERUBAH Nyanyian Duet Sufian & Amira Othman

NCIG Mara Setapak Lagi, Laman Web #Not4Kids Dilancarkan