in , , ,

Takaaki Terry Menjadi Artis Jepun Pertama Dilamar Faizal Tahir

Ingatkah anda kepada kisah seorang pemuda Jepun yang dijejaki oleh Faizal Tahir gara-gara video lagu ‘Assalamualaikum’ nyanyiannya itu menjadi tular di media sosial?

Lebih gempar lagi apabila Faizal sendiri sanggup terbang ke negara matahari terbit itu untuk bertemu dan menjemput pemuda yang bernama Takaaki Terry itu datang ke Malaysia.  Ternyata pertemuan itu dimanfaatkan sepenuhnya apabila kini Takaaki Terry diberi kesempatan mengembangkan bakatnya di Malaysia menerusi single sulungnya berjudul ‘Konnichiwa Dunia’.

Takaaki juga mencipta sejarah apabila menjadi artis Jepun pertama yang dilamar oleh Faizal Tahir dan kini bernaung dibawah Faithful Music.

Konnichiwa Dunia’ adalah sebuah karya ciptaan Takaaki sendiri manakala liriknya pula diolah bersama oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo dan Adib Hussin.

Dengan hanya belajar dari menyanyikan lagu-lagu melayu, penyanyi yang berasal daripada Osaka, Jepun ini kedengaran selesa menyanyikan ‘Konnichiwa Dunia’ dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang sangat fasih.

TAKAAKI TERRY MENJADI ARTIS JEPUN PERTAMA DILAMAR FAIZAL TAHIR

Lagu yang diberi gubahan segar dengan pengaruh muzik J-Pop/J-Rock ini dijangka menawarkan sajian telinga yang berbeza buat pendengar dan bakal memeriahkan lagi arena muzik Malaysia. 

TAKAAKI TERRY MENJADI ARTIS JEPUN PERTAMA DILAMAR FAIZAL TAHIR

Konnichiwa Dunia’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ‘Konnichiwa Dunia’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes bermula 11 JANUARI 2019

TAKAAKI TERRY MENJADI ARTIS JEPUN PERTAMA DILAMAR FAIZAL TAHIR
TAKAAKI TERRY MENJADI ARTIS JEPUN PERTAMA DILAMAR FAIZAL TAHIR
TAKAAKI TERRY MENJADI ARTIS JEPUN PERTAMA DILAMAR FAIZAL TAHIR
TAKAAKI TERRY MENJADI ARTIS JEPUN PERTAMA DILAMAR FAIZAL TAHIR
TAKAAKI TERRY MENJADI ARTIS JEPUN PERTAMA DILAMAR FAIZAL TAHIR
TAKAAKI TERRY MENJADI ARTIS JEPUN PERTAMA DILAMAR FAIZAL TAHIR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ummi Nazeera Kini Jadi Hos Program SANDING

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Marvel Studios’ Captain Marvel