in ,

Mawar Rashid Sebak Suami Terbuka Hati Keluar 3 Hari Belajar Agama dengan Ustaz Ebit

Pelakon Mawar Rashid akui dirinya rindu dan sebak memikirkan suaminya, Raf Yaakob yang khabarnya telah keluar daripada rumah selama beberapa hari demi mendalami ilmu agama Islam.

Keterbukaan Raf Yaakob untuk mengikuti program dakwah dan pengajian agama anjuran pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew selama tiga hari membuatkan pelakon, Mawar Rashid sebak.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Mawar Rashid meluahkan rasa sebak dan rindu terhadap suaminya, Raf Yaakob yang keluar beberapa hari untuk mendalami ilmu agama.

Mawar Rashid Sebak, Rindu Suami Keluar Tiga Hari Belajar Agama Dengan Ustaz Ebit

Mawar turut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana suaminya antara insan terpilih untuk mendekati Yang Maha Esa dan Rasulullah SAW.

“Hari ini rasa sebak dan dalam masa sama rasa syukur terharu suami keluar menuntut ilmu agama Islam. Terima kasih ustaz Ebit Lew sebab jemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu.

“Ingat lagi dia cakap, apa-apa saja untuk menambah baikkan perihal keluarga, apa sahaja untuk pahala dunia akhirat, dia akan pergi sebab nak bimbing isterinya ke jalan Allah,”

– Mawar Rashid
Mawar Rashid Sebak, Rindu Suami Keluar Tiga Hari Belajar Agama Dengan Ustaz Ebit

Perkongsian Mawar itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut mendoakan pasangan itu serta menyifatkan pelakon itu sangat beruntung kerana memiliki suami seperti Raf.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Sampai Sejam Sahkan Kepulangan Ronaldo Ke Old Trafford, Ini Yang Berlaku

Dafi Rela Dimarahi Jika Ada Tak Puas Hati dengan Kepimpinan Bapa