in , ,

Tak Salah Amar Baharin & Amyra Rosli Nak Buka Akaun Media Sosial Anak

Kalau pasangan suami isteri merupakan selebriti terkenal dan sentiasa menjadi perhatian orang, sama juga anak-anak mereka. Memang satu trend ibu bapa membuka akaun media sosial buat anak-anak mereka terutamanya Instagram.

Salah Amar Baharin dan Amyra Rosli Nak Buka Akaun Media Sosial Anak

Pelakon Amar Baharin, 32, juga tak mahu ketinggalan. Dia ingin membuka akaun media sosial untuk cahaya mata pertamanya yang bakal lahir penghujung Oktober ini.

“Saya dan isteri sepakat untuk buka akaun media sosial untuk anak kami nanti. Terpulanglah orang suka atau tidak tetapi bagi kami ia penting kerana boleh dijadikan kenangan.

“Lagipun ini trend sekarang, jadi kenapa saya tak boleh buat? Rata-rata semua orang ada akaun media sosial dan koleksi gambar mahupun video yang dikongsi itu boleh jadi kenangan 20 tahun akan datang. Tak salah kan?”

Bagaimanapun, hingga hari ini mereka berdua masih belum mengetahui jantina anak pertama mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sesi Bertemu Peminat Drama Masam Manis PaRam

Peraduan Premiere With Budiey Filem OVERDRIVE