in ,

Sesi Bertemu Peminat Drama Masam Manis PaRam

Berikutan sambutan hebat yang diterima oleh drama mini Ramadan ‘Masam Manis PaRam’ di saluran Astro dan Facebook, pelakon-pelakon drama mini ini telah berkumpul dan meraikan Eid Mubarak di jamuan tengahari yang diadakan di Restoran Bijan sempena bulan Syawal ini.

Roy Azman, Liza Abdullah dan Amar Baharin telah menghadiri jamuan tersebut bersama media hiburan untuk menyaksikan upacara penyampaian hadiah bagi pertandingan ‘Masam Manis PaRam’ Facebook yang telah dianjurkan sepanjang siaran drama mini tersebut.

Para pemenang pertandingan Facebook Masam Manis PaRam

Masam Manis Di Pasar Ramadan

Pasar Ramadan, di mana makanan dan minuman yang enak dan memuaskan selera dapat dijumpai dan dinikmati semua, adalah sebahagian daripada kebudayaan yang indah di Malaysia menemani bulan Ramadan.

Drama mini ‘Masam Manis PaRam’yang ditajai Coway ini mengertikan masam dan manis di Pasar Ramadan. Bertemakan hubungan cinta dan benci antara Pak Li dan Mak Yah, serta hubungan romantic antara Izam dan Nora, drama mini 8 minit ini bertujuan untuk membawakan mesej kesyukuran dan pengampunan.

Bermula dengan Pasar Ramadan yang tipikal sebagai latar belakang, Mak Yah (Liza Abdullah) merupakan pesaing kuat bagi perniagaan Pak Li (Roy Azman).

(Dari Kanan) Amar Baharin, Pengarah Pemasaran Coway Ryan Jung, Pengarah Urusan Kyle Choi, Roy Azman dan Liza Abdullah

Tambahan pula, mereka merupakan bekas kekasih yang telah memutuskan hubungan semasa muda. Secara kebetulan, anak-anak mereka membuat keputusan untuk berkahwin: anak Pak Li, Izam (Amar Baharin), jatuh cinta dengan anak perempuan Mak Yah, Nora (Cha Cha Maembong). Drama mini tersebut berakhir dengan kegembiraan, pemahaman dan penerimaan Mak Yah dan Pak Li.

Sepanjang bulan Ramadan, Masam Manis Param telah disiarkan di saluran Astro Prima setiap hari Isnin pada pukul 8:58 malam, dan juga di Astro Ria setiap hari Selasa pada pukul 10:58 malam.

Lakonan yang mantap daripada barisan pelakon mendapat sambutan hangat daripada orang ramai, sehingga mencecah 1 juta tontonan dalam purata bagi setiap episod drama mini Masam Manis PaRam di Facebook sahaja.

Rahsia Untuk Minuman Yang Lazat

Berikutan siaran setiap episod Masam Manis PaRam, satu soalan berkaitan dengan drama akan dipaparkan di Facebook. Tiga orang pemenang yang bertuah dipilih setiap minggu, dan seorang pemenang hadiah utama yang menjawab semua soalan dengan betul di akhiran setiap episod boleh membawa balik hadiah tunai berjumlah RM1000.

Rahsia kepada minuman Mak Yah yang mempunyai jualan terbaik di pasar Ramadan adalah air Coway. Acara yang dianjurkan Coway ini meraikan perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri, di samping menekankan konsep air yang lebih bermutu untuk kesihatan yang lebih baik. Dalam bulan Ramadan yang suci, adalah penting untuk menjaga kesihatan kita semasa mengamalkan nilai yang baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sunday Screening Tayang Filem THE TRANSPORTER & BITTEN

Tak Salah Amar Baharin & Amyra Rosli Nak Buka Akaun Media Sosial Anak