in , ,

Siti Nurhaliza Akui Menjalani Prosedur Peringkat Awal IVF

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34, 9 Februari depan.

Berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu dendangannya itu dipersembahkan oleh Bob Yusof apabila ia layak bersaing pada peringkat separuh akhir, November lalu.

Tak Nak Lepas Tangan, Siti Nyanyi Sendiri ANTA PERMANA di Anugerah Juara Lagu 34?

“Memang ramai yang meminta dan memujuk saya menyanyikan lagu itu pada AJL, termasuk Bob dan penciptanya, Hael Husaini. Mereka siap berdoa agar saya dibukakan hati.

“Malah, sejak peringkat separuh akhir lagi, ramai yang mahu saya menyanyikannya. Namun, hingga ke saat ini, rasanya peratusan untuk saya tidak menyanyikannya lebih banyak, iaitu 80 peratus,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-41, yang diadakan sekali dengan keraian sempena 16 tahun penubuhan kelab peminatnya, Sitizone.

Penyanyi itu mengulas harapan sesetengah pihak agar dia memberikan justifikasi kepada karya ciptaan bersama Hael dan Ezra Kong terbabit.

Ditanya mengenai kemungkinan dia akan berduet dengan Bob di pentas final, Siti tidak berani untuk mengulas lanjut.

“Wallahuaklam. Saya tak berani nak cakap. Semua mendoakan juga. Kalau jadi.. jadilah. Kita lihat nanti,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Menurut Siti, dia tidak bersikap lepas tangan sekali pun lagu terbabit dinyanyikan oleh Bob pada pertandingan itu.

“Lagu ini dicipta khas untuk saya. Jadi, memang saya tak lepas tangan. Saya ada berbincang dengan Bob, selain memberikan input dan idea dalam persembahannya,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza

Sementara itu, Siti mengakui sudah menjalani prosedur peringkat awal rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) dalam usahanya untuk hamil lagi.

“Insya-Allah… Saya bukannya semakin muda. Saya sasar (untuk mendapatkan anak lagi) sebelum usia 43 tahun. Saya mengikuti apa yang doktor sarankan, seperti dilakukan ketika berusaha mendapatkan Siti Aafiyah.

“Ia rezeki. Kalau lekat.. jadilah. Jika tak dapat, tidak mengapa. Saya berserah kepada Tuhan. Aafiyah sudah menjadi kurniaan indah dalam hidup saya,”

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Siti yang sudah beberapa kali bertemu pakar dalam bidang berkenaan berkata, apabila mula memasuki peringkat lebih tinggi dalam prosedur terbabit, dia perlu berehat, seperti pernah dilakukan sebelum ini.

“Kalau saya diam dan tak aktif, ia mungkin petanda saya sedang ‘mengeram’,” katanya berseloroh.

– Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Elly Mazlein Dedah Wajah Bakal Suami Di Malam Berinai

Program Istimewa Tahun Baharu Cina 2020 di RTM