in ,

Program Istimewa Tahun Baharu Cina 2020 di RTM

Semarakkan sambutan Tahun Baharu Cina dengan membuka lembaran tahun 2020 dengan membawa kemeriahan dan kemewahan kepada semua masyarakat di Malaysia. Justeru, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tetap menjanjikan program-program istimewa Tahun Baharu Cina kepada penonton.

Tahun ini, TV2 tampil membawa kelainan dalam menyediakan program mengikut kesesuaian dan citarasa penonton yang berbilang bangsa. Terdapat lebih dari 10 rancangan iaitu filem, drama dan telefilem tempatan termasuk drama komedi dan 3 muzikal khas sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina akan menghiasi kaca TV anda bermula 23 Januari hingga 27 Januari 2020.  

Bagi peminat filem aksi, “Infernal Affairs III” bakal menemui penonton pada 23 Januari 2020, pukul 9.30 malam. Kisah yang memaparkan kesinambungan daripada filem “Infernal Affairs I & II” yang mengisahkan seorang pegawai polis yang menyamar masuk ke dalam kumpulan kongsi gelap menghadapi saat-saat getir apabila identitinya mula terbongkar. Gandingan mantap dari pelakon Hong Kong Andy Lau dan Tony Leung serta dibantu oleh Kelly Chen, Leon Lai, Chen Daoming, Chu-Wai, Anthony Wong, Eric Tsang. 

Wolf Warrior 2 (26 Jan.3 Petang,Tv2)

Diikuti filem “Wolf Warrior 2” (26 Januari, 3.00 petang) menyaksikan lakonan hebat dari Jing Wu, Frank Grillo dan Celina Jade. Ia mengisahkan mengenai peperangan yang berlaku selepas pertempuran, pasukan tentera khas cina kembali pada kehidupan seperti biasa. Namun apabila musuh mula mengganas di sebuah kampung berhampiran, mereka kembali semula melaksanakan tugas untuk melindungi orang kampung. 

Seterusnya Filem Box Office lakonan Jaden Smith dan Jackie Chan dalam “The Karate Kid” (27 Januari,3.00 petang) mengisahkan Daniel dan ibunya yang baru berpindah ke Los Angeles dan Daniel tidak disenangi oleh Johny dari Cobra Kal. Daniel bertemu dengan Miyagi yang melatihnya untuk kejohanan All-Valley Karate Championship dan bertemu Johny di peringkat akhir. 

Bagi yang meminati telefilem kekeluargaan “On The Way Home” (24 Januari 2020, 10.00 pagi) berkongsi mengenai konflik kekeluargaan antara Zi Yang dan ayahnya berikutan kematian ibu Zi Yang dan akhirnya menimbulkan rasa dendam terhadap ayahnya. Lakonan Wang Sheng Qi, Wu Ji Sheng, Zhong Xiqo Jie dan Hong Xiao Zhao. 

Unforgetable Gong Xi

Menyambut Tahun Baharu bersama keluarga pastinya saat yang paling dinantikan bagi setiap keluarga. Telefilem “Unforgettable Gong Xi” (24 Januari 2020,9.30 malam) adalah mengenai seorang usahawan yang berjaya bernama Ah Hock namun dia tidak suka menyambut Tahun Baharu Cina. Setiap kali perayaan tiba, Ah Hock akan membawa diri bercuti ke luar negara. Adakah Ah Hock akan kembali ke pangkuan keluarganya untuk menyambut Tahun Baharu kali ini? Lakonan Dato’ T.S Jeffry, Jordan Voon, Freedie Wong, Zoee Tan, Sawyer Leong dan Kenny Ong. 

Hujung minggu anda pasti tidak bosan dengan telefilem komedi dan kemasyarakatan bertemakan Tahun Baharu Cina. Saksikan “Musang King” (25 Januari 2020,10.00 Pagi) mengisahkan keluarga Alvin yang menjalankan perniagaan Durian Musang King lakonan Alvin Wong, Jobot Maheran dan Faizal Zain. Diikuti “Open House” (25 Januari 2020,1.00 tengahari) yang mengisahkan keakraban Ah Meng, Ali dan Muthu pada zaman kanak-kanak mereka. Lalu apabila meningkat dewasa dan sibuk menjalani kehidupan masing-masing, mereka merancang untuk mengadakan rumah terbuka. Saksikan lakonan Dato Jalaludin Hassan, Chen Puie Kong, Voon Sow Peng, Ramasundran A/V Rengan dan Chong Yun Wah. 

Saterusnya saksikan juga telemovie “A House Of Happiness” (25 Januari 2020, 3.00 petang) diikuti “The Kid From The Big Apple 1” (25 Januari 2020,10.00 malam), dan “The Kid From The Big Apple 2” (26 Januari 2020,9.30 malam), mengisahkan Sarah yang dibesarkan di New York lalu pulang ke Malaysia untuk tinggal bersama atuknya yang konservatif. 

“Forget Loving You” kisah mengenai kekeluargaan lakonan Angeline Tan, Wilson Lee Wai Sang dan Daniel Wong Chee (26 Januari 2020,8.00 Pagi), “Together” (26 Januari 2020,1.00 tengah hari) yang mengisahkan dua sahabat yang melarikan diri dari rumah untuk mencari ibu bapa kandung Samuel. Pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang perjalanan mereka. Saksikan lakonan Che Yang, Levin Seow, Samuel dan Daniel. 

Print

Tidak lengkap Tahun Baharu Cina tanpa program muzikal dan hiburan. Oleh itu TV2 meraikan penonton dengan persembahan muzikal terbitan Unit Hiburan TV RTM iaitu “The Red Lantern Concert 2020” yang akan disiarkan pada 25 Januari 2020, bermula 8.30 malam. Dengan tagline ‘Ai Ni Ai Ni Love You Love You’, konsert akan dihiburkan dengan  barisan artis popular seperti Shila Amzah, Dato’ Awie, Siti Nordiana, Zhuang Xue Zhong, Jeryl Lee, Masya Masyitah, Kexin, Neeta, Dj Liang Ai.Fm, Colour Of Voices, Sera, Umai & Kashika, Kumpulan Tarian Singa Kun Seng Keng Muar, Kumpulan Kompang Kreatif Muar, Kumpulan Gendang 24 Musim Chung Hwa Muar, Sri Sandeswaran Kirtanas Urumi Melam Muar.  

The Karate Kid, 27 Jan,3Ptg Di Tv2

Diikuti “Chinese New year Golden Happiness 2020” bersiar pada 26 Januari 2020,pukul 8.30 malambersama artis-artis kesayangan ramai seperti Fu Ying & Sam dan Priscilla Abby akan tampil dengan lagu – lagu kegemaran yang menghiburkan. Tambah meriah lagi rancangan ini akan diserikan dengan klip persembahan silap mata oleh anak tempatan yang mencipta nama diperingkat antarabangsa, Andrew Lee. Tidak dilupakan persembahan stunt juara dunia tarian singa oleh Kun Seng Keng Lion Dance Association dari Muar, Johor 

Gabungan genre muzik lagu cina dan tarian dalam Muzikal Khas Tahun Baharu Cina: “Journey To Love” bersiaran pada 27 Januari 2020,pukul 1.00 tengah hari. Saksikan persembahan Sua Ming Guo, Lew Jia Boo, Chan A.Chia, Seow Cheng Heong, Yip Yee Liang dan Mew Yee Hsan. 

Luangkan masa di hadapan kaca TV anda dengan menyaksikan rancangan-rancangan istimewa sempena Tahun Baharu Cina hujung minggu ini. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza 1 | 17

Siti Nurhaliza Akui Menjalani Prosedur Peringkat Awal IVF

Abubakarxli | 18

Abubakarxli Muncul Dengan Single Berjudul NiNiNi