in , , ,

Elly Mazlein Dedah Wajah Bakal Suami Di Malam Berinai

Selepas lebih setahun ‘menyembunyikan’ bakal suami, penyanyi yang juga pelakon, Elly Mazlein, mengotakan janji apabila mendedahkan wajah lelaki itu pada majlis malam berinainya, malam tadi. Majlis berkonsepkan Cik Siti Wan Kembang itu berlangsung penuh meriah di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, yang anggun dalam persalinan songket rona biru memilih guru, Mohamad Azlan Che Nuh, 29, sebagai calon teman hidup.

Rata-rata peminat memuji ketampanan pemuda dari Kuala Krai, Kelantan itu, malah mereka disifatkan bagai pinang dibelah dua.

Azlan dan Elly akan disatukan sebagai pasangan suami isteri, malam ini.

Pada majlis pertunangan mereka, 17 Disember lalu, yang berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn, juga di PWTC, Elly memilih untuk tidak memperkenalkan bakal suaminya kepada umum walaupun lelaki itu hadir pada acara terbabit.

Pelakon Kampung People itu bagaimanapun berjanji akan mendedahkan wajah Azlan pada majlis malam berinai.

Selain bakal suami, Elly turut berjanji untuk berkongsi wajah terbaru anaknya, Putri Sara Sefhia, 4, pada majlis itu.

Sephia adalah cahaya mata hasil perkongsian hidup penyanyi Bungaku Bakawali itu dengan pengarah drama, Azmi Hatta.

Mereka bernikah pada 9 November 2014, namun bercerai pada 15 Oktober 2015.

Sumber: Berita Harian 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fatiya Latiff Akui Masih Single, Lebih Tertarik Dengan Lelaki Cina

Siti Nurhaliza Akui Menjalani Prosedur Peringkat Awal IVF