in ,

Tak Mampu Bayar Cukai, Iqram Dinzly Diisytihar Muflis oleh LHDN

Hutang wajib dibayar walaupun tak dituntut. Tapi kalau takde duit macamana nak bayar? Itu yang berlaku kepada Iqram Dinzly yang telah menyuarakan isi hatinya di Instagram semalam. Apa pun yang berlaku, Budiey doakan semoga IQ berada dalam situasi sejahtera dan selamat. Amin.

Pelakon Iqram Dinzly diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas gagal membayar cukai pendapatan RM77,000. Semalam, tanggal 14 Januari 2019, Iqram telah mendedahkan beliau diisytihar muflis oleh LHDN di Instagram.

Keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada Iqram di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

Iqram Dinzly

“Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima. Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa. Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal.”

“Diakui apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja,”

– Iqram Dinzly

Iqram berkata, notis pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan itu diterima sejak tiga tahun lalu yang pada asalnya berjumlah hampir RM200,000.

Membaca sepintas lalu entri post di IG, seolah tidak puas hati dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dan menganggap kerajaan banyak menyusahkan rakyat.

Jumlah itu dikira sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam bidang lakonan.

Iqram Dinzly

“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN. Dapatlah kurangkan hingga RM67,000.

“Namun, saya diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.

“Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi. Hasil perbincangan negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar.

“Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,”

– Iqram Dinzly

Ditanya sama ada dia akan kembali berlakon untuk menjana pendapatan bagi membayar hutang itu, Iqram tegas dengan pendirian tidak sama sekali.

Ayat terakhir yang diluahkan oleh Iqram Dinzly di mana dia dah tak nak berlakon dan bergelar selebriti membuatkan ramai menganggap IQ sudah merajuk dan mahu lari dari dunia seni hiburan. Ada yang mengatakan IQ dah takde tawaran untuk berlakon memandangkan ramai lagi pelakon muda yang lebih berbakat dan fresh.

Iqram Dinzly

“Saya takkan kembali berlakon. Disebabkan saya menjadi selebriti saya diisytihar bankrap,” katanya.

– Iqram Dinzly

Iqram terus mengemas kini beberapa entri di Instagram menyatakan luahan hatinya terhadap isu yang berlaku.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siapakah Juara Maharaja Lawak Mega 2018?

Haneesya Hanee

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019