in ,

Siapakah Juara Maharaja Lawak Mega 2018?

Sedar tak sedar, program lawak paling trending di sosial media iaitu Maharaja Lawak Mega 2018 bakal berakhir minggu ini. Siaran Langsung Konsert Maharaja Lawak Mega 2018 (MINGGU AKHIR) akan berlangsung pada 18 Januari 2019 (Jumaat), di Royal Teater Shah Alam. Siapakah yang bergelar juara? Jom kita tengok siapa yang kenaaa!

Setelah berentap selama 11 minggu dengan menyahut 13 cabaran persembahan lawak pelbagai tema dan melepasi lapan sesi penyingkiran, Jumaat lalu menyaksikan lima peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) berjaya melangkah ke minggu akhir sekaligus menjadikan mereka lima peserta terbaik pada musim ini. Finalis MLM 2018 terdiri daripada kumpulan Bocey, Zero, Shiro, Puteh dan Taman

Maharaja Lawak Mega 2018

Tema Muzikal & Bebas

Dalam cabaran setiap minggu, peserta akan berdepan tema persembahan berbeza iaitu percutian, duit, muzikal, loghat dan dialek, dikir barat, parodi, kenangan, mata pelajaran sekolah dan pelbagai lagi.

Selebriti terkenal, Datuk AC Mizal menjadi pengacara di malam akhir nanti pastinya akan menambahkan lagi kehangatan.

Untuk rekod, Bocey telah dua kali dinobatkan selaku juara Maharaja Lawak Mega iaitu pada tahun 2016 dan 2017, manakala Zero pula merupakan juara pada edisi 2014.

Kumpulan Shiro yang cukup sinonim dengan persembahan lawak yang diselit pengajaran ialah naib juara MLM 2017. Puteh pula pernah menduduki tempat ketiga pada MLM 2016 dan tempat kelima pada MLM 2017. 

Lawak Siapakah Yang Bernilai RM500,000?

Kumpulan baharu pada musim ini iaitu Taman yang menyaksikan gandingan dua pelawak berpengalaman, Tauke dan Man, merupakan antara peserta yang berjaya mempamerkan persembahan cemerlang setiap minggu. Ternyata, barisan finalis pada musim ini bukan calang-calang.

Persoalannya, siapakah di antara mereka berlima yang akan menjulang trofi juara Maharaja Lawak Mega 2018 dan membawa pulang wang kemenangan bernilai RM500,000? Semuanya bergantung pada persembahan mereka yang bertemakan ‘Muzikal’ dan ‘Bebas’

Mampukah mereka memikat hati barisan juri; Douglas Lim, Remy Ishak, Scha Alyahya dan Tya Arifin serta peminat menerusi dua persembahan terakhir mereka di pentas MLM 2018 pada Jumaat ini? Sama-sama kita saksikan.

Untuk menghangatkan lagi kemeriahan minggu akhir MLM 2018, Astro Warna bakal menganjurkan Karnival Lawak Mega yang akan berlangsung pada hari yang sama iaitu 18 Januari 2019 bermula jam 10.30 pagi hingga 11.00 malam di Royal Teater, Shah Alam.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti beramah mesra bersama pelawak popular, finalis MLM 2018 dan pelakon drama popular.

Selain itu, terdapat juga pertunjukkan silap mata, badut jalanan, foodtruck serta pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi. Masuk adalah percuma.

Siaran Langsung Konsert Maharaja Lawak Mega 2018 (MINGGU AKHIR) akan berlangsung pada 18 Januari 2019 (Jumaat), di Royal Teater Shah Alam (Jalan Persidangan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor).  

Siapakah yang bergelar juara, cubalah teka siapa?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Huda Minta Maaf Isu Waroeng Isabella Hambar

Tak Mampu Bayar Cukai, Iqram Dinzly Diisytihar Muflis oleh LHDN