in ,

Tak Jangka Menang AIM, Faizal Tahir Balik Awal

Penyanyi Faizal Tahir meminta maaf kerana pulang lebih awal sebelum diumum sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi lagu Sejati di Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) malam Ahad lalu.

Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 38, berkata, dia tidak menjangka memenangi kategori berkenaan kerana melihat saingannya untuk kategori itu juga hebat yang lebih layak menerima anugerah itu.

Trofi kemenangan bagi kategori itu diambil oleh wakil syarikat rakamannya Warner Music.

“Maafkan saya kerana saya betul-betul tidak jangka menang kategori ini, jadi selepas sahaja persembahan, saya minta izin pihak produksi untuk balik kerana ada urusan.

“Tapi dalam perjalanan mereka hubungi minta saya berpatah balik untuk mengambil trofi berkenaan,” ujarnya pada sidang media selepas acara yang berlangsung di Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam pada itu, Faizal mengucapkan terima kasih dan bersyukur apabila menjadi pilihan juri yang mengiktiraf lagu Sejati sebagai pemenang salah satu kategori utama itu.

Sementara itu, menjelaskan tentang lagu berkenaan, Faizal berkata, ia ditulis berkaitan hubungan dia dan tuhan.

“Ada masa-masa yang kita duduk sendirian dan menulis tentang sesuatu perkara, macam lagu ini liriknya saya interprestasikan tentang diri saya dan tuhan.

“Namun, terpulang kepada sesiapa yang mendengar dan buat interprestasi mereka sendiri,” ujarnya.

Faizal turut mengakui pada awalnya dia berasa ragu-ragu dan menganggap lagu tersebut berisiko untuk tidak diterima masyarakat.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton PASSENGERS

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM 22)