in , ,

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM 22)

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Jam 8 malam, Budiey ditemani videografer berada di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk buat liputan Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22).

Seperti yang diramalkan, Dato’ Siti Nurhaliza yang mendominasikan senarai pencalonan AIM22 tahun ini berjaya bolot dan merangkul lima anugerah termasuk Album Terbaik. Tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza dan semua team terlibat.

Anugerah Industri Muzik Ke-22

Menerusi album Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged penyanyi berusia 36 tahun itu turut menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu dan Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Menetap Dalam Mimpi. Satu pencapaian mengkagumkan buat lipatan profile Dato’ Siti Nurhaliza mencatatkan sejarah tersendiri apabila sudah 13 kali naik pentas julang Vokal Terbaik AIM, Memang beliau legend, okay! Siti juga turut memenangi kategori baharu Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi Faizal Tahir memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sejati. Cakap pasal Faizal Tahir, semalam juga telah disiarkan muzik video terbaru kolaborasi beliau bersama Dato’ Siti Nurhaliza dalam lagu DIRGAHAYU. Amacam? Best tak muzik video tu? Budiey suka dengan monolog masa intro lagu ni:

Cinta… cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia.
 
Ia laksana setitis embun yang turun dari langit
 
Cinta tak semestinya memiliki
 
Cinta mengajar kita saling menghargai
 
Cinta yang sejati
 
Cinta yang takkan mati…
 
DIRGAHAYU CINTA…

Sementara lagu Mata Hati nyanyian Azlan & Type Writer memenangi kategori Lagu Rock Terbaik.

Manakala, Altimet & Takahara Suito menerusi lagu Janji memenangi kategori Lagu Hip Hop Terbaik.

Dalam pada itu, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dimenangi oleh Akim Ahmad menerusi lagu Potret.

Menerusi acara itu juga, penyanyi antarabangsa Yuna dipilih sebagai pemilik Anugerah Kembara atas pencapaiannya di Amerika Syarikat.

Manakala, Anugerah Sri Wirama AIM 2016 diberikan kepada Datuk Sheila Majid atas sumbangan beliau dalam industri melebihi 32 tahun.

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Industri Muzik Ke-22 (AIM 22)

Album Terbaik:
Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged

Lagu Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir

Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia:
Datuk Siti Nurhaliza

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Akim Ahmad – Potret

Lagu Pop Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir

Lagu Rock Terbaik:
Mata Hati – Azlan & The Type Writer

Anugerah Industri Muzik Ke-22

Anugerah Kembara:
Yuna

Anugerah Sri Wirama:
Datuk Sheila Majid

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
Menatap Dalam Mimpi – Datuk Siti Nurhaliza

Rakaman Album Terbaik:
Panic Bird – Froya

Kulit Album Terbaik:
Bahtera – Sekumpulan Orang Gila

Anugerah Industri Muzik Ke-22

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu:
De Fam – #Supergirls

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu:
Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya

Video Muzik Terbaik:
Not For Sale – Stacy

Artis Baru Terbaik:
Syamel

Anugerah Industri Muzik Ke-22

Lagu Hip Hop Terbaik:
Janji – Altimet & Takahara Suiko

Anugerah Industri Muzik Ke-22

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:
Firefly – Sonaone

Anugerah Industri Muzik Ke-22

Lagu Nasyid Terbaik:
Mikraj Cinta – Datuk Siti Nurhaliza

Anugerah Industri Muzik Ke-22

Anugerah Industri Muzik Ke-22

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tak Jangka Menang AIM, Faizal Tahir Balik Awal

Senarai Top 10 Drama Melayu Paling Popular Di Carian Google Malaysia 2016