in ,

Betul Ke Arja Lee Bakal Diserap Kembali Dalam AF2013?

Budiey tak sangka Arja Lee tak dipilih untuk menjadi peserta. Melihat pada bakat nyanyian yang ada dan juga pakej yang ada pada Arja, rasanya beliau memang layak. Tidak mengapalah mungkin tidak ada rezeki Arja kali ini. Boleh usaha lagi. Menurut Arja, beliau sedih pada mulanya selepas dapat tahu tak dapat masuk AF2013. Tapi nasib baiklah Arja dah bersedia awal lagi untuk menghadapi dua perkara yang mungkin berlaku iaitu samada tersingkir atau dapat masuk AF.

[pullquote align=”right”]Sekurang-kurangnya, Arja Lee dah buat yang terbaik. Mungkin juri ada alasan sendiri mengapa Arja Lee tak dapat masuk. Apa-apa pun peminat Arja terus memberi sokongan dan merasakan Arja Lee ada bakat keunikan tersendiri.[/pullquote]

Setelah pulang dari malam konsert prelude yang lepas, Arja terkejut sebab ada artikel yang tak puas hati tentang penyingkiran itu. Khabar angin mengatakan, pihak produksi akan memasukkan kembali Arja Lee tapi Budiey rasa kebarangkalian agak tipis. Kalau ada pun mungkin ada kejutan tersendiri dalam AF kali ini. Mungkin ini satu permainan Astro, mungkin jugaklah. Kegagalan Arja Lee yang tidak berjaya menjadi pelajar Akademi Fantasia (AF 2013) tidak melemahkan semangat pelakon itu untuk meneruskan cita-citanya sebagai penyanyi profesional.

Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, berkata, walaupun orang melihat dia sekadar suka-suka ingin mencuba nasib di bidang nyanyian, namun sebaliknya dia benar-benar serius untuk menceburi dunia muzik.

“Dulu saya sering menyanyi di pentas teater dan kerana itu saya mencuba nasib di AF 2013 namun rezeki tidak berpihak pada saya. Tidak mengapa, semua itu hanyalah salah satu dugaan yang harus ditempuh. Saya tidak akan berhenti menyanyi kerana ingin berjaya di bidang nyanyian juga.”

Tambah Arja, dia juga bersyukur walaupun dirinya bukanlah seorang penyanyi, namun dia sering mendapat undangan nyanyian menerusi beberapa majlis-majlis korporat. Arja juga sedang membuat perancangan untuk menghasilkan single lagu terbaharu tetapi bukan dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Arja memberitahu, sejak menyertai AF 2013 di peringkat awal, peminatnya juga bertambah menerusi laman Instagram, Twitter dan Facebook.

“Alhamdulillah, dengan publisiti yang diraih, peminat saya makin bertambah. Dalam erti kata lain, peminat kini lebih mempercayai saya. Justeru itu saya harus tampil dengan hasil kerja yang terbaik dalam lakonan dan juga nyanyian, InsyaAllah.”

Sementara itu, mengenai perkembangan karier lakonannya, Arja ingin berehat selama beberapa minggu sebelum kembali sibuk di lokasi penggambaran. Lakonan Arja sebelum ini popular menerusi drama Misiku Kuza yang ditayangkan di Astro Ria dan Ramadhan Yang Hilang di TV3 pada Ramadan lalu. –  Mstar Online

Arja Lee Masuk AF2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert The Killers Live In Malaysia

Sinopsis Drama Sangkar di TV9 Lakonan Nabila Huda