in ,

Tahniah! Sofyank Dah Kahwin, Video Bersama Isteri Viral Di TIkTok

Sebelum ini, content creator terkenal Sofyank dilaman sosial miliknya memuat naik mengenai seorang gadis lalu menjadi tanda tanya ramai sekali gus memberikan ucapan tahniah buatnya.

Pada pagi tadi Sofyank telah mengejutkan peminat dan pengikutnya apabila dia sah bergelar suami kepada gadis pilihan hati yang dikenali sebagai Nabilah Ramli, 24, manakala Sofyank atau nama sebenarnya Mohd Sofian Abdullah, 26, membuatkan netizen juga memujinya yang tahu-tahu sahaja sudah berkahwin. Tahniah Sofyank!

Personaliti media sosial yang mempunyai ramai peminat kerana bakatnya dalam mengedit dan menghasilkan video gempak tersendiri membuatkan dia juga viral di media sosial.

Melalui satu rakaman video yang dikongsikan ini, Sofyank dan isteri nampaknya menjadi perbualan hangat ramai apabila gelagat mereka ketika majlis pernikahan mereka ini mencuri tumpuan warganet.

Gelagat Sofyank yang dilihat gementar duduk dipelamin bersama isteri juga menjadi perhatian sehingga video dikongsikan ini dalam masa sekejap meraih ribuan tanda suka ramai.

Video dikongsikan pemilik akaun, itssikinguys itu dengan kapsyen, “Akhirnya boleh guna sound ini,” mengundang ruangan komen juga mendapat ratusan reaksi ramai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beli HONOR Magic4 Pro & Ini Hadiah Percuma Yang Ada Akan Dapat

HARRIS ANNUAR

Harris Annuar & Asha Merican Selamat Bergelar Suami Isteri