in , ,

Beli HONOR Magic4 Pro & Ini Hadiah Percuma Yang Ada Akan Dapat

Telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai: HONOR Magic4 Pro kini didapati di seluruh negara dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,207 untuk dimiliki!

Jualan pra-tempah HONOR Magic4 Pro di pelbagai saluran rasmi baru-baru ini mendapat sambutan hangat sehingga habis terjual. Hari ini secara rasminya HONOR Magic4 Pro dilancarkan di Malaysia dan pastinya membuatkan peminat berasa teruja.

Ultra Fusion Technology

HONOR Magic4 Pro boleh didapati melalui HONOR Experience Stores, Lazada Flagship Store, Shopee Official Store, serta pengedar-pengedar sah, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,207 termasuk HONOR Earbuds 3 Pro yang dilengkapi Pemantauan Suhu AI yang baru sahaja dilancarkan, lanjutan waranti 1 tahun dan perlindungan skrin retak 6 bulan.

AI Privacy Call

Jualan bermula hari ini, dan peminat sudah dilihat beratur panjang di Kedai Utama HONOR seluruh Malaysia. Peminat tidak sabar mendapatkan telefon pintar yang dinobat sebagai “terlalu hebat untuk dipercayai”. Di sini 4 sebab mengapa HONOR Magic4 Pro berjaya menawan hati rakyat Malaysia!

HONOR Magic4 Pro Sales Launch_KV

#1 Teknologi Ultra Fusion Eksklusif HONOR – untuk memudahkan gambar dan video melancong

HONOR memahami kesukaran merakam detik-detik melancong sehingga terlepas untuk mengambil gambar dan video. HONOR Magic4 Pro ada penyelesaiannya dengan menawarkan sistem pengimejan terkuat setakat ini, sesuai untuk apa sahaja rakaman fotografi dan video. Dengan Kamera Lebar 50MP, Kamera Lebar Ultra 50MP dan Kamera Telefoto Periskop 64MP, setiap lensa menghasilkan Fotografi Ultra Fusion, menjadikan setiap pemandangan anda di sepanjang jalan dapat dirakam dan dimuat naik dengan mudah tanpa perlu sebarang suntingan. Hasilnya, Instagram anda akan dihujani dengan ‘Likes’ oleh pengikut!

3D-LUT daripada pewarna video Hollywood hanya dihujung jari, membolehkan anda merakam seperti filem dokumentari, menambah kualiti vlog pelancongan anda dan bukan hanya sekadar video biasa.

100W SuperCharge with multi-screen collaboration

#2 LTPO 1920Hz PWM Dimming Pertama Dunia untuk pemandangan lebih selamat – sesuai untuk Hari Ibu Bapa

Terima kasih kepada skrin LTPO 1920Hz PWM Dimming pertama dunia, melihat skrin kini ditambah baik dan dilindungi, mengurangkan keletihan mata dan membenarkan pemandangan lebih selamat jika dibandingkan dengan mana-mana telefon pintar yang lain. HONOR Magic4 Pro memberi keselesaan tambahan dan pilihan bagus untuk Hari Bapa yang bakal tiba.

Dengan cip paparan MEMC, ibu bapa anda boleh menikmati filem klasik daripada SDR kepada HDR, dari definisi rendah kepada definisi tinggi, memori lama kembali mengundang apabila filem klasik dihidupkan semula pada zaman moden. Menampilkan skrin besar 6.81 inci, pengalaman menonton video adalah yang terbaik dalam kelas tersendiri.

Crowd Photo_2

#3 Panggilan Privasi AI Pertama Dalam Industri – Menjadikan penggilan kerja secara profesional dan peribadi

Telefon pintar kini merupakan alat penting dalam zaman kerja moden, pelbagai perbincangan dilakukan melalui panggilan telefon, termasuk perbualan hal-hal penting dan sulit. HONOR Magic4 Pro hadir dengan Panggilan Privasi AI yang eksklusif, dengan menyesuaikan skrin dan pembesar suara telefon secara terus ke telinga anda, sekaligus dapat mengurangkan risiko ketirisan perbualan dan mengekalkan privasi panggilan telefon dengan lebih tertutup.

Perbualan sensitif kini boleh dilakukan secara yakin tanpa perlu bimbang didengari oleh rakan sepejabat yang lain. Mahu berbincang tentang gaji dengan Sumber Manusia di talian? Tiada masalah! Ayah menelefon untuk bertanya tentang kata laluan Facebooknya? Tiada masalah!

Crowd Photo_1

#4 Dwi 100W SuperCharge pertama dalam industri dengan kolaborasi multi-skrin – Gaya Hidup Teknologi Maju

Secara jujurnya, kita semua tidak sabar menanti jika telefon pintar kita jauh dari tangan dan perlu mengecas terlalu lama. HONOR Magic4 Pro mensasarkan untuk menyelesaikan masalah itu. Menjadi yang pertama dalam industri memperkenalkan 100W SuperCharge Tanpa Wayar, membolehkan pengecasan 50% tanpa wayar dalam masa hanya 15 minit dan mampu dicas sepenuhnya dalam masa hanya 30 minit dengan 100W Wired SuperCharge. Begitu pantas bukan?  Anda kini boleh menyiapkan masakan atau menikmati mandian sementara telefon anda dicas sepenuhnya dan hari anda berjalan dengan lancar.

HONOR Magic4 Pro_Official Channels

Kolaborasi Multi-Skrin boleh dilakukan dengan adanya komputer riba HONOR MagicBook, membolehkan pemindahan fail antara peranti dengan mudah, walaupun tanpa kabel wayar, menjadikan kerja dan fail diuruskan dengan efisien mengikut arus kemajuan teknologi dunia. Alami gaya hidup terkini!

HONOR Magic4 Pro kini boleh didapati seluruh negara dengan hadiah percuma termasuk HONOR Earbuds 3 Pro, siapa cepat dia dapat. Kunjungi kedai HONOR berdekatan atau dapatkannya secara dalam talian. Untuk semua maklumat terkini HONOR Magic4 Pro, sila semak https://bit.ly/Magic4ProPOPR atau ikuti kami di Facebook HONOR Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berjayakah Zamani Mengenal Pasti Penyanyi Sebenar Di Minggu 6?

Tahniah! Sofyank Dah Kahwin, Video Bersama Isteri Viral Di TIkTok