in

TAG A SEAT PERADUAN BARU DARI KLM

Sejak dua menjak ni, Budiey jumpa banyak jugaklah peraduan yang bertebaran di Twitter dan Facebook. Kalau ada masa, bolehlah join sekali. Tapi sekarang ni sibuk sangat sampai tak terlayan contest ni semua.

Pendek kata, sekarang ni dah jadi trend untuk kita dapat hadiah dengan hanya menyertai peraduan di Facebook dan Twiiter. Kalau dulu, peraduan hanya banyak kat majalah dan suratkhabar je, tapi sekarang bila dah ramai orang guna Facebook, maka banyak pula peraduan kat FB.

Klm

Terbaru, masa tengah belek-belek status kawan-kawan kat wall Facebook, Budiey terjumpa dengan peraduan terbaru anjuran KLM atau lebih dikenali sebagai Royal Dutch Airlines. Pada yang belum tahu pasal KLM ni, you all boleh LIKE laman Facebook KLM di:

Terus terang, Budiey belum pernah cuba naik flight KLM ni. Ala, kiranya naik KLM ni memang selesa dan menyenangkan.

Okay, terlanjur cakap pasal KLM ni, Budiey nak perkenalkan kat pembaca terutamanya pada pembaca yang suka sangat masuk peraduan di Facebook. Budiey tengok, korang bukan main lagi dapat hadiah macam-macam. Hadiah semua grand-grand belaka. Jeleslah, so Budiey pun rasa nak join contest gak lah.

Klm

Okay, kat KLM Fanpage tu, sekarang ada peraduan TAG A SEAT.

Klm

Kalau kat Facebook, korang beria-ia nak tag gambar, tapi kat KLM korang kena tag seat pulak. Hehe. Dengar macam menarik. Tapi jangan cakap apa-apa lagi sebab korang kena tengok dulu peraduan tu camna.

Sebenarnya, TAG A SEAT ni boleh disertai secara berseorangan atau bersama famili. Peraduan ni memang simple giler sebab korang hanya perlu tag satu tempat duduk dalam pesawat KLM yang mana dijadualkan untuk terbang ke satu destinasi dan KEMUNGKINAN BESAR tempat duduk itu akan diberikan kepada korang di mana korang boleh terbang ke mana sahaja destinasi secara PERCUMA!

Aplikasi contest ni nampak macam skrin TV dalam pesawat. Caranya senang je, korang kena pilih tempat duduk yang betul. Dengan kata lain, tempat duduk yang dah diambil oleh orang lain dilarang sama sekali. Jadi, pemenang bertuah bukan hanya menang satu tiket penerbangan tapi diberikan tiket untuk pasangan anda juga. Ianya mengikut pengikut anda, di mana korang boleh pilih 1,2 atau 3 pesawat.

Mula-mula, of course la korang nak kena LIKE fanpage KLM. Kemudian, klik kat TAG A SEAT. Di situ korang akan dapat lihat beberapa pesawat KLM bersama dengan destinasi, tarikh deadlines dan nombor tempat duduk yang belum ditag lagi.

Nombor dan juga jenis pesawat tu menentukan berapa banyak tempat duduk yang boleh ditag. Tapi Budiey nak ingatkan, macam peraduan yang lain juga, tentulah korang terikat dan perlu mematuhi Terms & Conditions jugak.

Klm
Selepas pilih pesawat tu, korang bebas nak pilih tempat duduk yang kosong. Cuba perhatikan betul-betul, tempat duduk yang kosong dibezakan dengan warna yang berbeza.

Klm
Lepas tag tempat duduk, korang kena hantar tempat duduk tu dengan menyertakan alamat email dan hantar jemputan kepada kawan-kawan di FB supaya diorang pun boleh join peraduan bersama-sama anda. Manalah tahu, kalau korang menang, kawan-kawan juga menang, bolehlah melancong sama-sama.

Selain jemput kawan-kawan, korang disarankan untuk menulis mesej di wall kawan untuk kasi tau diorang tentang trip ke destinasi seterusnya.

Lagi kerap korang share TAG A SEAT kepada kawan-kawan, lagi banyak peluang untuk menang. Itu je tips berguna untuk menang.

Okaylah, selamat maju jaya… good luck pada korang. Kalau berjaya dapat tiket flight tu, tak reti-reti nak bawak Budiey sekali?

Apa-apa, sekarang ni, Budiey kena suruh kawan terdekat & family LIKE Fanpage KLM ni dulu… layari: www.facebook.com/KLMMalaysia.

Coww cin cawwww!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SURIA FM Anjur Suria Wheels Goreng Tour

Majlis Pra-Tonton Program Ramadan Astro