in

SURIA FM Anjur Suria Wheels Goreng Tour

Suria Wheels Goreng Tour di seluruh Semenanjung dan Sabah

Salah satu aktiviti bagi memesrakan dan mendekatkan Suria FM dengan pendengar-pendengar setianya, stesen radio yang semakin dikenali dengan konsep lagu-lagu terbaik 90-an dan terbaru ini akan menganjurkan siri jelajah di seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah. Siri jelajah ini diberi nama Suria Wheels Goreng Tour yang mana Crew Suria Wheels akan menjelajah ke beberapa tempat terpilih di seluruh semenanjung Malaysia dan juga Sabah di sepanjang bulan Julai ini.

Hampir 52 tempat yang terpilih akan dikunjungi dan siri jelajah ini juga membawakan konsep busking yang mana artis-artis terkenal tanahair akan turut bersama dan bermain alat muzik secara ‘busking’ beramai-ramai. Bukan itu sahaja, siri jelajah ini juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyampai Suria FM yang akan bersama-sama dengan pengunjung yang hadir nanti.

Pada minggu ini, siri jelajah Suria Wheels Goreng Tour akan berada di Zon Utara manakala pada minggu hadapan pula akan menjelajah di beberapa kawasan di Zon Selatan. Pada 18 hingga 22 Julai pula siri jelajah diteruskan di Zon Timur manakala pada 25 hingga 29 Julai siri ini akan mengakhiri jelajahnya di sekitar negeri Perak. Antara artis-artis yang terlibat untuk siri jelajah Suria Wheels Goreng Tour ini ialah Ezad Lazim, Kumpulan Data, Zenny Salihuddin, Kumpulan Slash, Nadia, Yazer, Iqa Mentor, Fiq dan ramai lagi.

Selain itu pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti permainan gelung, bola ping pong dan bermacam-macam lagi. Siri jelajah ‘Suria Wheels Goreng Tour’ ini pastinya mampu memberikan kenangan manis untuk pengunjung yang hadir kerana diberikan peluang untuk beramah mesra bersama artis kegemaran mereka dan ia merupakan peluang yang sukar diperolehi.

Pengunjung yang hadir dan memeriahkan siri jelajah ini sudah pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana pelbagai hadiah menarik yang dibawakan oleh Crew Suria Wheels untuk diberikan kepada orang ramai secara percuma. Layari www.suriafm.com.my untuk mengetahui jadual lintasan serta orang ramai boleh mengikuti perkembangan siri jelajah ini melalui laman social Facebook ‘ Crew Suria Wheels Suria FM ‘ dan Facebook ‘ Suria FM ‘ sendiri untuk melihat gambar-gambar yang telah dimuat turun.

Untuk melihat jadual Suria Wheels Goreng Tour dan info lanjut, sila layari: www.suriafm.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Feel Good Run Larian Ceria Buat Semua

TAG A SEAT PERADUAN BARU DARI KLM