in ,

Syifa Melvin Luah Rasa Sedih Apabila Netizen Melabel Dirinya Kaki Pengikis

Pelakon dan ahli perniagaan bertaraf jutawan, Syifa Melvin mengaku sedih dan terkilan apabila ada pihak yang mendakwa dirinya seorang gold digger atau kaki pengikis.

Menurut Syifa, dia yang kini memberi fokus terhadap bisnes yang dijayakan bersama adik-beradik, Kekasih by The Melvins ini pernah hidup susah demi sesuap nasi.

“Jujurnya saya terjun dalam dunia hiburan tanpa disengajakan. Awalnya saya hanyalah seorang ‘influencer’ dan pernah menjadi juru solek selama dua tahun.

– Syifa Melvin
Syifa Melvin

“Ramai yang tidak tahu ketika itu, saya pernah bangun jam 5, 6 pagi untuk solekkan pengantin, tetapi dilabel sebagai ‘gold digger’.

“Rasanya ia telahan itu tidak wajar dilemparkan pada saya, rasa sakit hati.

“Jadi dalam fasa tersebut, saya ada temani Syatilla ke set penggambaran kalau ada masa terluang dan pada masa sama, saya juga sedang belajar.

“Alhamdulillah saya juga ada dapat beberapa tawaran lakonan waktu itu cuma tidak boleh fokus dengan baik,” katanya yang tetap mahu terus berlakon walaupun sibuk menguruskan bisnes.

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa dikenali sebagai ahli perniagaan. Teruja dengan apa yang dilakukan sekarang.

– Syifa Melvin
Syifa Melvin

PRODUK kosmetik by The Melvins diusahakan oleh empat adik-beradik iaitu Syifa, Syatilla, Syida dan Syafiqa.

Terdahulu, Syifa ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik, Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, baru-baru ini. 

Pada majlis berkenaan, The Melvins telah melancarkan 60 papan iklan bernilai setengah juta di seluruh negara bagi produk kecantikan tersebut. – WILAYAHKU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fenomena 7 HARI MENCINTAIKU Bersambung Untuk Siri Ke-3 Tahun Depan

Filem JUANG Satukan Enam Pengarah Tujukan Buat Frontliners