in , ,

Fenomena 7 HARI MENCINTAIKU Bersambung Untuk Siri Ke-3 Tahun Depan

Selepas berjaya mencipta fenomena dengan 12 Juta tontonan sepanjang 33 episod, drama 7 Hari Mencintaiku 2 bakal menyambung siri ketiga pada tahun hadapan dengan jalan cerita yang lebih menarik dengan kehadiran watak baru yang lebih mengundang emosi penonton. Sekaligus berita ini adalah satu berita gembira bagi penonton setia drama ini.

Semasa acara Thank You Party 7 Hari Mencintaiku 2 semalam, hadirin dipertontonkan dengan babak permulaan bagi musim ke-3 di mana ia memberi bayangan Khuzairi (lakonan Shukri Yahaya) terlibat dalam kemalangan manakala Pak Samad (Kazar) meninggalkan pesanan terakhir buat anak dan menantu.

Budiey sempat bertanya kepada penulis karya, Puan Siti Rosmizah tentang idea dan proses untuk mengekalkan momentum emosi penonton dan menurutnya, untuk mencipta impak luar biasa katanya bukan sesuatu yang mudah. Banyak sudut perlu diambil kira. 

Fenomena 7 HARI MENCINTAIKU Bersambung Untuk Siri Ke-3 Tahun Depan

Menurut Siti Rosmizah, dia bersyukur kerana karyanya mendapat sokongan sehingga menerima banyak permintaan daripada peminat untuk sambungan siri seterusnya.

“Kejayaan dua karya saya sudah dijangka kerana melihat pada jualan novel ini yang begitu laris jadi secara dasarnya peminat- peminat novel ini telah pun sedia ada.

“Saya berterima kasih pada pihak TV3 yang memberi kepercayaan pada syarikat produksi saya SR One Sdn Bhd untuk menerbitkan drama ini.

“Saya juga bersyukur atas sokongan para penonton dan peminat novel kerana kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa mereka. Insya-Allah atas permintaan ramai, 7 Hari Mencintaiku 3 bakal menyusul tahun hadapan.

“Mudah-mudahan saya terus sihat untuk terus berkarya. 7 Hari Mencintaiku 3 adalah hadiah teristimewa dari saya dan pihak TV3 buat anda semua,” 

– Siti Rosmizah

Siti Rosmizah mengumumkan berita gembira itu ketika majlis ‘Party 7 Hari Mencintaiku 2‘ yang diadakan di De.Wan 1958 by Chef Wan, The Linc, Kuala Lumpur pada Rabu.

Episod akhir drama yang mengisi slot Akasia itu, meraih lima juta tontonan ketika disiarkan pada 17 Ogos lalu, menyamai rekod siri pertama drama berkenaan sebanyak 28 episod pada 2016.

Selain Shukri dan Kazar, drama yang menjadi fenomena itu dibintangi oleh Siti Saleha, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifly, Liza Abdullah, Wafariena, Jasmin Hamid, Jaja Ilias dan Bil Azali.

Tonton video penuh di saluran Youtube Budiey Channel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Setelah 8 Tahun Menunggu, Isteri Jehan Miskin Sah Hamil

Syifa Melvin Luah Rasa Sedih Apabila Netizen Melabel Dirinya Kaki Pengikis