in ,

Filem JUANG Satukan Enam Pengarah Tujukan Buat Frontliners

SEJUMLAH 3 penerbit, 6 pengarah, 100 artis, 200 kru untuk 1 filem….. kesemuanya bergabung untuk satu misi Juang. Tapi apa yang mereka Juangkan?? Maka nantikan kemunculan Juang!

Buat julung kalinya dalam sejarah penerbitan filem Malaysia, tiga syarikat gergasi Asia iaitu Tropical Films (Matt Lai), Suhan Movies (Datuk Rosyam Nor) dan The Film Engine (Jack Lim) bergabung menghasilkan filem bertaraf mega berkaitan dengan pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia sejak Disember, tahun lalu.

Lebih istimewa dan belum pernah terlaksana, di bawah projek tiga rumah produksi ini, terhasil pula idea membariskan enam pengarah tersohor yang cukup dikenali di dalam mahu pun di luar negara dengan karya terunggul masing-masing.

Filem JUANG Satukan Enam Pengarah Tujukan Buat Frontliners

“Ini sebagai tanda solidariti terhadap dunia seni yang juga sempat ikut terkesan dengan pandemik Covid 19,”

Datuk Rosyam Nor

Menggunakan judul JUANG yang dipetik daripada perkataan ‘pejuang’, filem mega bernilai RM6 juta itu dicetuskan ketika tiga bulan terkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.

Mereka yang terpilih itu terdiri daripada Osman Ali, Kabir BhatiaYusry Abdul Halim, Matt Lai dan satu-satunya ‘bunga’ yang masih segar di antara ‘kumbang’nya bak kata  pengarahnya sendiri, Eirma (Erma) Fatima.

Istimewanya, filem Juang menampilkan satu kelainan apabila membariskan enam pengarah hebat bersama 100 barisan pelakon dan 200 pekerja balik tabir.

Enam pengarah hebat yang terpilih menjayakan filem mega itu adalah Aziz M Osman, Yusry Abdul Halim, Kabir Bhatia, Osman Ali, Matt Lai dan Erma Fatima.

Rosyam berkata, enam pengarah berkenaan dipilih berdasarkan trek rekod yang hebat dalam industri perfileman.

Bagaimanapun, katanya, tawaran menyertai projek mega itu turut dibuka kepada beberapa pengarah lain, namun ada yang tidak memberikan maklum balas.

Filem JUANG Satukan Enam Pengarah Tujukan Buat Frontliners

“Kami bertemu ramai pengarah bagi merealisasikan projek mega ini. Kami melihat siapa yang sudi bekerjasama selepas membentangkan idea. Untuk mendapat apa yang diinginkan, kami memilih orang yang mahu bekerja dengan kami.

“Lagipun, enam pengarah ini mempunyai pengalaman luas dalam dunia perfileman jika melihat kepada trek rekod. Saya sentiasa percaya, kita memerlukan seseorang yang matang untuk menghasilkan karya yang mampu meyakinkan penonton.

“Ini bukanlah bermakna kami tidak memberi peluang atau mengecilkan kemampuan pengarah generasi baharu. Saya akui, mereka juga mempunyai idea yang mungkin lebih baik, tetapi saya tidak nampak trek rekod seperti yang ada pada enam pengarah ini,” 

Datuk Rosyam Nor

Lebih menarik, di bawah arahan enam pengarah ternama tersebut, ada tiga pelakon yang tidak kurang hebat dan popular sebagai ‘pemancing’ penonton iaitu Zizan Razak, Zul Ariffin  dan  Jack Lim sendiri yang sebelum ini pernah berlakon di samping Rosyam dalam filem ‘Balistik’.

Rosyam berkata, dia tetap yakin enam sutradara itu masih berbisa, tetapi apa yang membuatkan nama mereka kurang menonjol mungkin disebabkan karya yang tidak komersial dengan baik.

Malah, katanya, mereka juga tidak ‘hadap’ kepada bayaran, sebaliknya bersedia untuk menjayakan projek filem sebagai salah satu sumbangan dan apresiasi untuk pasukan barisan hadapan.

Biarpun pandemik  COVID-19 bukanlah sebuah kejadian yang manis untuk dikenang namun ‘Juang’ mengambil pendekatan  menonjolkan sisi positif dengan memperlihatkan sebuah kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.

“Mereka  di barisan hadapan berhak mendapat penghormatan dan pengiktirafan dari seluruh rakyat Malaysia dan hajat kami mahu mendokumentasikan semua momen ini dalam sebuah filem adalah satu kebanggaan,”

Jack Lim
Filem JUANG Satukan Enam Pengarah Tujukan Buat Frontliners

Mengulas proses penggambaran filem Juang dan peranan setiap pengarah, Rosyam bagaimanapun enggan mendedahkan.

Katanya, pengumuman mengenai proses penggambaran dan jalan cerita filem Juang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Penggambaran dijangka akan dilakukan secepat mungkin berikutan sasaran untuk menayangkan filem Juang, awal tahun depan atau selewat-lewatnya pertengahan tahun.

“Saya akan membuat kemunculan khas dalam filem Juang yang menampilkan Zizan Razak, Zul Ariffin dan Jack Lim sebagai bintang utama. Namun, biarlah watak dilakonkan dirahsiakan dahulu,” katanya.

– Rosyam Nor

Ditanya mengenai pendiriannya yang enggan menghasilkan filem selepas dua filem terbitan syarikatnya, RK Screen Sdn Bhd iaitu Balistik dan Isyarat Cinta kurang berjaya, Rosyam berkata, dia lebih yakin kali ini dengan adanya usaha sama dengan dua syarikat lain.

Jika bersendirian, katanya, dia tidak mungkin dapat menghasilkan filem bertaraf mega berkenaan.

Satu-satunya pengarah wanita yang terbabit dalam projek mega, Erma berkata, dia menerima tawaran mengarahkan filem Juang kerana tertarik dengan jalan ceritanya.

Katanya, dia langsung tidak memikirkan perbandingan penonton terhadap hasil sentuhannya dengan lima pengarah lain.

“Saya tidak rasa tertekan atau cuba bersaing dengan lima pengarah lain. Tanggungjawab tergalas dibahu kami lebih besar, bukan sahaja untuk filem, tetapi perkara yang mahu disampaikan kepada masyarakat.

“Saya menerima tawaran menjayakan filem ini kerana semangat dan perjuangan dalam naskhah ini. Apa lagi, insiden COVID-19 tidak pernah dilalui.

“Namun, sebelum bersedia menerima tawaran, saya terlebih dahulu ingin tahu jalan cerita dan skrip,”

– Erma

Sementara itu, bagi penerbit Matt Lai, beliau turut rasa terharu dan berterima kasih dengan pengorbanan yang dilakukan para pejuang barisan hadapan dan kerana itu sanggup menyumbangkan wang ringgit bagi .tujuan menghasilkan ‘Juang’.

“Inilah masanya untuk kami semua bergabung dan setiap daripada kami tidak ingin terlepas untuk memberi sumbangan yang bermakna buat tanah air tercinta, Malaysia,”

Matt Lai

Tambahnya idea ‘Juang’ tercetus ketika semua rakyat Malaysia menghabiskan masa bersama keluarga kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘lockdown’.

“Namun pada saat kita berdiam di rumah, ada barisan pejuang yang mempercaturkan nyawa dan hidup mereka yang tidak didendang dalam berkhidmat kepada negara,”

Matt Lai

Bagaimanapun, katanya, skripnya tidak siap lagi, tetapi dia sudah diminta datang ke pejabat untuk mendengar pembentangan.

“Saya tertarik dengan pembentangan mereka. Tetapi, saya meletakkan syarat, saya hanya melakukan babak disukai. Alhamdulillah, mereka akur,”

Matt Lai

Erma berkata, dia yakin filem Juang tidak akan kelihatan ‘cacamarba’ berikutan mereka bakal menggunakan jurukamera dan pengarah sinematografi yang sama.

segala info terkini ‘Juang’ boleh diperoleh di semua laman media sosial, Instagram, Twiter dan FB @JUANGthemovie.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Syifa Melvin Luah Rasa Sedih Apabila Netizen Melabel Dirinya Kaki Pengikis

Kongsi Video Nyanyi Lagu Baharu Bersama Diva AA, Naim Daniel Dipuji Netizen