in , ,

Syazwan Zulkifly Bertunang Dengan Pramugari Malindo 31 Ogos Ini

Tahniah Syazwan! Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.

Pelakon Syazwan Zulkifli bakal mengikat tali pertunangan dengan seorang pramugari Malindo Airlines, Syawariah Zulkifli, 32, pada 31 Ogos ini.

Menurut pelakon berusia 32 tahun itu, majlis pertunangan akan berlangsung di Taiping, Perak.

Syazwan Zulkifly

“Saya dah lama berkenalan dengan dia dan merasakan ini masa terbaik untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Hubungan sebelum-sebelum ini bukan saya tidak serius tapi tiada jodoh (bersama). Sementara ibu bapa saya masih sihat ini saya rasa inilah masanya untuk saya buat majlis kenduri walaupun ibu bapa tidak pernah bagi tekanan untuk saya segera mendirikan rumah tangga,”

– Syazwan Zulkifly

Syazwan berkata demikian semasa ditemubual oleh media semasa majlis pratonton filem Warkah di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara.

Memasuki empat tahun usia percintaan, Syazwan menyifatkan bakal tunangnya itu seorang yang memahaminya serta karier lakonannya.

“Saya dah berkawan dengan dia sejak 10 tahun lalu dan dia merupakan seorang yang cukup memahami saya dan juga kerja saya. Kalau dia nampak saya bergurau dengan rakan artis perempuan, dia tidak pernah mempersoalkan mengenai hal itu.

“Kalau nak cakap pasal saya seorang yang baran, dia tahu saya macam mana orangnya. Tolak tepi dengan kes bersama bekas kekasih dulu, kalau ikutkan saya tidak pernah bergaduh dengan mana-mana rakan artis atau orang dalam industri ini,”

– Syazwan Zulkifly

Tidak menetapkan berapa lama tempoh pertunangan, Syazwan berkata dia tidak risau untuk menempuh cabaran berdarah manis.

“Kami tidak merancang lagi berapa lama tempoh pertunangan dan bagi saya sepanjang berdarah manis, datanglah cabaran besar mana pun, kalau kita dapat menanganinya, pasti semua jalan dipermudahkan oleh Allah SWT,”

– Syazwan Zulkifly

Syazwan sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan selebriti kelahiran Singapura, Shenty Feliziana namun hubungan mereka putus pada 2015.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai 12 Peserta BIG STAGE 2019

Temuduga Kerja Monopoly Mansion Hotel Kuala Lumpur Bertemakan ‘Gatsby’