in ,

Temuduga Kerja Monopoly Mansion Hotel Kuala Lumpur Bertemakan ‘Gatsby’

Kebiasaannya sesi temuduga menuntut calon hadir berpakaian formal tetapi lain pula cara yang dilakukan pihak Hotel Monopoly Mansion by Sirocco, Kuala Lumpur apabila menetapkan tema ‘Gatsby’ iaitu gaya barat pada era 1920-an.

Menariknya, majoriti calon yang hadir temuduga bermula jam 10 pagi hingga 4 petang hari ini, menunjukkan sikap ‘sporting’ mereka dengan bergaya sakan hingga ada sanggup meminjam aksesori dan pakaian daripada rakan serta ahli keluarga terdekat.

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Muhammad Iskandar Ramlan, 22, berkata, dia mempersiapkan dirinya bagi memastikan hadir ke temuduga mengikut tema ditetapkan.

Kesungguhan Muhammad Iskandar bukan saja dapat dilihat menerusi pakaiannya tetapi tongkat yang dibawa bersama ke sesi temuduga berkenaan.

“Saya tahu mengenai adanya sesi temuduga ini pada minggu lalu menerusi Instagram (IG) personaliti media sosial, Ron Khamisan dan hadir kerana mahu mencari peluang bekerja sambilan.

“Walaupun kali pertama menghadiri temuduga, saya beranikan diri untuk datang kerana tertarik dengan kelainan yang ditetapkan.

“Bagi mengikut tema, saya terpaksa meminjam topi beret daripada rakan, manakala blazer dan tongkat kepunyaan ayah,”

– Muhammad Iskandar Ramlan

Seorang lagi calon, Megat Iskandar Shah Megat Shahrul Anuar, 22, dari Ampang berkata, bukan satu masalah untuknya hadir mengikut tema kerana sudah mempunyai koleksi pakaian formal di dalam simpanan dan hanya mengikut kesesuaian tema.

Gatsby

“Saya sudah biasa berpakaian formal antaranya ketika menghadiri majlis makan malam cuma bezanya kali ini saya perlu bergaya ala ‘Gatsby’ untuk ke sesi temuduga kerja.

“Satu konsep temuduga yang lain daripada lain tetapi saya selesa dan tiada masalah kerana tidak perlu membeli pakaian berkenaan memandangkan ia sudah sedia ada di rumah,”

– Megat Iskandar Shah Megat Shahrul Anuar

Bagi Muhamad Shahmi Shahaizi, 22, pula mengakui tema yang ditetapkan mendorongnya untuk ke sesi temuduga itu.

“Konsep (temuduga) ini unik kerana boleh menarik anak muda hadir ke sesi temuduga tanpa berasa takut.”

“Saya pula suka mencuba benda baru jadi apa salahnya datang, mana tahu ada rezeki.”

“Lagipun, jarang ada peluang untuk berpakaian sebegini, jadi apa salahnya datang,”

– Muhamad Shahmi Shahaizi

Monopoly Mansion Hotel Kuala Lumpur merupakan sebuah jenama antarabangsa pertama yang akan buka di Malaysia. Tema konsep Gatsby dipilih adalah untuk melambangkan ciri ciri konsep Monopoly Mansion.

Bagaimana pihak hotel terpanggil untuk mengadakan sesi interview bertemakan Gatsby dan signifikasinya dengan pembukaan Monopoly Mansion tidak lama lagi?

“Kami juga ingin pekerja yang tampil dengan imej yang unik, serba boleh, warna warni dan untuk memilih ciri-ciri staff sebegitu, kami galakkan peserta temuduga yang hadir mass recruitment untuk menampakkan gaya Gatsby…..dari situ kita tahu...”yes he/she sanggup go all out…. you are hired!”

Sejumlah berapakah peluang pekerjaan ditawarkan pihak Monopoly Mansion kepada umum? 

Pembukaan Monopoly Mansion adalah sesuatu yang cukup dinanti-nantikan memandangkan beberapa cawangannya yang terdahulu membikin keterujaan untuk melihat Monopoly Mansion edisi Malaysia direalisasikan.

Kehebatan hotel ini bagi pihak pengurusan hotel sendiri? Kami yakin percaya jenama MONOPOLY pasti menjadi pilihan pelancongan bukan hanya tempatan tapi juga antarabangsa krn konsep dan tema.

Lagi pun majoriti orang pernah main game Monopoly atau memilikinya. Maka sekarang semua teruja untuk melihat apa yang ditawarkan…dari harga bilik ke events…hotel ini sesuai untuk semua orang..dari kanak-kanak hingga dewasa.

Sesi temubual ‘mass recruitment’ Monopoly Mansion ini menjadi tular, adakah ia sesuatu yang dijangka dan wajarkan konsep interview sebegini diketengahkan? 

Kami memang tak sangka ia akan tular kerana kami tak iklankan dalam surat khabar tapi hanya menggunakan medium media sosial dan bantuan viral king Ron Kamisan yang terkenal dengan ciptaan slogan BOSSKU… BHIASA BHIASA ….inilah bukti the power of social media..online..influencers..viral.

Kepada yang berminat untuk bekerja di hotel ini, anda masih lagi ada masa untuk ke sesi temuduga yang diadakan pada 5 hingga 9 Ogos ini dan juga minggu kedua iaitu mulai 19 hingga 23 Ogos 2019 yang akan berlangsung di RED by Sirocco, Kuala Lumpur. Segala info tentang tertera dalam poster promo kat bawah ni.

Temuduga itu menawarkan jawatan pegawai jualan dan pemasaran, makanan dan minuman (F&B), kejuruteraan, sumber manusia, kawalan dan keselamatan, kewangan, eksekutif pejabat dan bidang perkemasan (housekeeping).

Mansion Hotel Kuala Lumpur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syazwan | 23

Syazwan Zulkifly Bertunang Dengan Pramugari Malindo 31 Ogos Ini

Filem 99 CAHAYA DI LANGIT EROPAH di TV2