in , ,

Senarai 12 Peserta BIG STAGE 2019

Tiga figura seni nusantara; Datuk Seri Siti Nurhaliza, Judika dan Cakra Khan turut terima mandat sebagai juri tetap untuk penganjuran musim kedua.

Program ‘Big Stage’ ialah sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan realitimenampilkan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ atau ‘BBNU’ dalam kalangan penggiat industri seni hiburan muzik.

Masih mengekalkan konsep asal, penganjuran ‘Big Stage 2019’juga turut merintis inisiatif membuka ruang perkongsian karya muzik di peringkat antarabangsa kepada penyertaan barisan bintang dari dalam dan luar negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan.

BIG STAGE 2019

BIG STAGE 2019 Lakar Sejarah Tembusi Tembok Antarabangsa

Musim kedua juga bakal menyaksikan persaingan sengit di antara 12 bintang ‘BBNU’ yang terdiri daripada enam bintang lelaki dan enam bintang wanita di pentas utama selama lapan minggu. 

BIG STAGE 2019

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi telah dinobatkan sebagai juara ‘Big Stage’ musim pertama sekaligus mengetepikan empat lagi finalis akhir iaitu Shafiq Farhain(naib juara), Afieq Shazwan (tempat ketiga), Wani Kayrie (tempat keempat) dan Baby Shima (tempat kelima).

Emarina Mohd Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria berkata:

“Sebagai pembekal kandungan harta intelek (IP) utama di Malaysia, kami menyambut baik perkembangan landskap industri hiburan kontemporari yang mengangkat seni muzik sebagai salah satu cabang seni yang paling berpengaruh.

Walaupun muzik sering disifatkan sebagai sebuahelemen penghubung yang universal, namunusaha penyatuan karya seni tempatan dan perkongsian ruang untuk menembusi persada global sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah sedangkan kita sebenarnya mampu untuk sama-sama menjana satu pasaran yang lebih meluas dengan impak yang besar menerusi inisiatif penganjuran pertandingan nyanyian berprestij seumpama ini.

Bukan itu sahaja, ‘Big Stage 2019’ juga turut berperanan sebagai sebuah platform integrasi untuk memartabatkan karya seni hiburan melalui muzik bersama-samadengan empat buah negara yang lain iaitu Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan untuk diperluaskan dalam kerangka pencinta seni hiburan muzik di seantero dunia.

Walaupun usaha ini masih lagi di peringkat permulaan, namun jika disusun rapi dan dijalin dengan teliti, ia mampu membuka lembaran baharu untuk merapatkan jurang pasaran muzik Malaysia dan antarabangsa sekaligus mengukuhkan lagi hubungan di antara negara serantau.

Emarina Mohd Kamal
big stage 2019
BIG STAGE 2019

TRIVIA MENGENAI BIG STAGE 2019

  1. Penerbitan ‘Big Stage 2019’ turut disokong oleh Vivo, jenama telefon pintar terkenalyang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Farm Fresh, jenama tenusu paling segar selaku Penaja Bersama.
  • Manakala portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital sertaERA sebagai Rakan Radio Rasmi
  • Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudinatau lebih dikenali dengan gelaran ‘Datuk Siti’ masih dikekalkan sebagai Juri Tetap ‘Big Stage’ untuk musim yang kedua.
  • Manakala dua lagi figura seni tersohor dari Indonesia iaitu Judikadan Cakra Khanturut diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab yang sama di samping Datuk Siti. Kedua mereka akan menduduki kerusi juri tetap secara bergilir-gilir pada setiap minggu.
  • Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundang khaspada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.
  • Guru vokal profesional yang tidak asing lagi dalam kalangan penggiat seni muzik tanah air, Syafizawati Sharif atau lebih dikenali sebagai Cikgu Syafidilantik sebagai Cikgu Teknikal Vokal‘ Big Stage 2019’ bagi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para bintang.
  • ‘Big Stage 2019’ juga bakal mendapat sentuhan barisan pemuzik berpengalaman tanah air yang diketuai oleh Sharhan Syazwanatau lebih popular dengan panggilan Ca’an selaku Pengarah Muzik untuk mengiringi persembahan secara ‘live’.
  • Berdasarkan maklum balas positif yang diterima,‘Big Stage 2019’ turut mengekalkan selebriti popular Alif Satardan Sherry Al Hadadyang akan mengendalikan pentas utama selaku Pengacara untuk musim ini.
BIG STAGE 2019
  • Sementara itu, Hani Fadzil yang juga merupakan personaliti ERA dibawa masuk sebagai Pengacarauntuk program ‘Studio Big Stage’ dan ‘Kompilasi Studio Big Stage’ musim baharu.
  1. Manakala seorang lagi personaliti ERA; Radin Amirdan alumni ‘Big Stage’ musim pertama; Sissy Imann pula digandingkan sebagai Pengacara program ‘Big Stage Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
  1. Juara ‘Big Stage 2019’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi.Untuk pemenang tempat keempat dan kelimajuga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Program ‘BigStage’ ialah sebuah pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti menampilkan bakat muda generasi alaf baharu yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up’ atau ‘BBNU’ dalam kalangan penggiat industri seni hiburan muzik.

Masih mengekalkan konsep asal, penganjuran ‘Big Stage 2019’ juga turut merintis inisiatif membuka ruang perkongsian karya muzik di peringkat antarabangsa kepada penyertaan barisan bintang dari dalam dan luar negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan Korea Selatan.

Musim kedua juga bakal menyaksikan persaingan sengit selama 8 minggu di antara 12 bintang ‘BBNU’ yang terdiri daripada enam bintang lelaki iaitu ADZRIN, AZIZ HARUN, HAN-BYUL, IRFAN HARIS, KUCAIMARS dan SANTESH. Manakala enam bintang wanita pula ialah CHALEEDA, DINDA PERMATA, FIEYA JULIA, NEETA, SHERYL SHAZWANIE dan SYADA AMZAH.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi telah dinobatkan sebagai juara ‘Big Stage’ musim pertamasekaligus mengetepikan empat lagi finalis akhir iaitu Shafiq Farhain (naibjuara), Afieq Shazwan (tempat ketiga), Wani Kayrie (tempat keempat) dan Baby Shima (tempat kelima).

Penerbitan ‘Big Stage 2019’ turut disokong oleh Vivo, jenama telefon pintar terkenal yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Farm Fresh, jenama tenusu paling segar selaku Penaja Bersama. Manakala portal Gempak turut menghulurkan sokongan selaku Rakan Digital serta ERA sebagai Rakan Radio Rasmi 

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri SitiNurhaliza Tarudin atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Datuk Siti’ masih dikekalkan sebagai Juri Tetap ‘Big Stage’ untuk musim yang kedua. Manakala dua lagi figura seni tersohor dari Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan turut diberi mandat untuk menggalas tanggungjawab yang sama di samping Datuk Siti. Kedua mereka akan menduduki kerusi juri tetap secara bergilir-gilir pada setiap minggu. Sementara itu, seorang juri jemputan profesional juga turut diundangkhas pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap bagi mengadili persembahan para bintang.

Guru vokal profesional yang tidak asing lagi dalamkalangan penggiat seni muzik tanah air, Syafizawati Sharif atau lebih dikenalisebagai Cikgu Syafi dilantik sebagai Cikgu Teknikal Vokal‘Big Stage 2019’ bagimemberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada para bintang. ‘Big Stage 2019’ jugabakal mendapat sentuhan barisan pemuzik berpengalaman tanah air yang diketuaioleh Sharhan Syazwan atau lebih popular dengan panggilan Ca’an selaku PengarahMuzik untuk mengiringi persembahan secara ‘live’.

Berdasarkan maklum balas positif yang diterima, ‘BigStage 2019’ turut mengekalkan selebriti popular Alif Satar dan Sherry Al Hadad yang akan mengendalikan pentas utama selaku Pengacara untuk musim ini. Sementara itu, Hani Fadzil yang juga merupakan personaliti ERA dibawa masuk sebagai Pengacara untuk program ‘Studio Big Stage’ dan ‘Kompilasi Studio Big Stage’ musim baharu. Manakala seorang lagi personaliti ERA; Radin Amir dan alumni ‘Big Stage’ musim pertama; Sissy Imann pula digandingkan sebagai Pengacara program ‘Big Stage Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Juara ‘Big Stage 2019’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM50 ribu dan RM25 ribu beserta trofi.Untuk pemenang tempat keempat dan kelima juga tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM10 ribu dan RM5 ribu beserta trofi.

Sama seperti musim sudah, format penjurian adalah terbahagi kepada dua bahagian yang mana nasib para bintang akan diadili berdasarkan pemarkahan oleh barisan juri profesional dan undian peminat secara online. 

Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan. Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.bigstage.gempak.com.Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.

Rangkaian program ‘Big Stage 2019’ akan mula bersiaran secaraeksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perkembangan para bintang ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian ‘Studio Big Stage’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 12 Ogos 2019. Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Studio Big Stage’ pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam bermula 17 Ogos 2018.

Manakala konsert mingguan ‘Big Stage 2019’ pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 18 Ogos 2019.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘Big Stage 2019’ juga bakaldisiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Untuk pengisian di platform digital pula, program‘Big Stage Live Plus’ akan disiarkan secara langsung bermula jam 8.50 malam di laman sesawang www.bigstage.gempak.com ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘Big Stage 2019’ bermula 18 Ogos 2019.

BIG STAGE 2019

Senarai 12 Peserta Bintang BIG STAGE 2019

BINTANG LELAKI

ADZRIN

BIG STAGE 2019
IG@adzrinamrddin|19, Kuala Lumpur

AZIZ HARUN

BIG STAGE 2019
IG @azizharun212| 21, Brunei 

HAN-BYUL

BIG STAGE 2019
IG @onestarbyul| 29, Korea Selatan

IRFAN HARIS

BIG STAGE 2019
IG @irfannharis| 18, Johor Bahru

KUCAIMARS

BIG STAGE 2019
IG @kucaimars| 22, Negeri Sembilan

SANTESH

BIG STAGE 2019
IG @iamsantesh| 31, Selangor

BINTANG PEREMPUAN

CHALEEDA

BIG STAGE 2019
IG @chaleedaxgilbert| 18, Thailand

DINDA PERMATA

BIG STAGE 2019
IG @dindapermata174| 27, Indonesia

FIEYA JULIA

BIG STAGE 2019
IG @fieyajulia| 20, Sarawak

NEETA

BIG STAGE 2019
IG @neetamanis| 25, Kedah 

SHERYL SHAZWANIE

BIG STAGE 2019
IG @sherylshazwanie| 22, Selangor

SYADA AMZAH

BIG STAGE 2019
IG @syadaamzahh| 21, Kuala Lumpur

FORMAT PENJURIAN BIG STAGE 2019

Sama seperti musim sudah, format penjurian adalah terbahagi kepada dua bahagian yang mana nasib para bintang akan diadili berdasarkan pemarkahan oleh barisan juri profesional dan undian peminat secara online.

Untuk bahagian pertama, 100% keputusan ditentukan oleh juri yang akan menilai para bintang berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sewaktu persembahan mingguan. 

Tiga bintang yang mendapat markah terendah akan melalui proses penjurian untuk bahagian kedua yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara online menerusi laman rasmi di www.bigstage.gempak.com.

Bintang yang mendapat undian terendah akan disingkirkan.

BIG STAGE 2019

INFO SIARAN RANGKAIAN PROGRAM ‘BIG STAGE 2019’

Rangkaian program ‘Big Stage 2019’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) serta turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Gempak, Astro Go dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan aktiviti perkembangan para bintang ketika membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan dapat ditonton melalui liputan harian ‘Studio Big Stage’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 12 Ogos 2019.

Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Studio Big Stage’pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam bermula 17 Ogos 2018.

BIG STAGE 2019

Manakala konsert mingguan ‘Big Stage 2019’ pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) selama 8 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 18 Ogos 2019.

Istimewa untuk pelanggan NJOI, konsert minggu pertama ‘Big Stage 2019’ juga bakal disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).

Untuk pengisian di platform digital pula, program ‘Big StageLive Plus’ akan disiarkan secara langsung bermula jam 8.50 malam di laman sesawang www.bigstage.gempak.com ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘Big Stage2019’ bermula 18 Ogos 2019.

            #BigStage #DominasiBBNU       www.gempak.com                    www.era.je             

BIG STAGE 2019

INFO MENGENAI PENAJA BIG STAGE 2019

PENAJA UTAMA | VIVO 

Jenama telefon pintar memperkenalkan kualiti bunyi yang sempurna dan fotografi dengan teknologi canggih untuk generasi muda. Vivo menghasilkan produk telefon pintar yang dinamik dan bergaya, aksesori telefon pintar, servis perisian dan perkhidmatan atas talian. Ditubuhkan pada tahun 2009, vivo telah berkembang dengan cepat ke pasaran India dan Asia Tenggara. Di vivo, kami berdedikasi memastikan kesempurnaan dan terus mencipta pelbagai kejutan melalui inovasi yang berterusan untuk para pengguna.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Terbaik Hari Raya Haji 2019

Syazwan Zulkifly Bertunang Dengan Pramugari Malindo 31 Ogos Ini