in

Syazwan Zulkifly Contender Pertama Layak Ke Pusingan Separuh Akhir PERANG BIBIR

Persembahan lip sync lagu-lagu hits dari carta lagu tempatan dan antarabangsa oleh 24 artis popular tanah air menerusi program terbaharu TV9, PERANG BIBIR telah menyaksikan 3 contenders iaitu Ryzal Jaafar, Siti Elizad Shariffudin dan Syazwan Zulkifly berentap pada episod pertamanya yang bersiaran pada 2 Mac 2017.

Perang Bibir terbitan Primeworks Studios sebanyak 12 episod yang dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Dennis Yin disiarkan pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam. Selain persembahan lip sync bertema, para contender juga perlu bersedia untuk menjalani cabaran-cabaran lain dengan hanya menggunakan bibir dan juga bakal diuji dengan persembahan lip sync spontan untuk merebut hadiah utama sebanyak RM30,000 di pusingan akhir nanti.

Perang Bibir - Mawar Rashid

Episod pertama yang bertemakan ‘Carta Lagu Top 40’ telah mengumumkan Syazwan Zulkifly sebagai pemenang sekaligus layak ke pusingan separuh akhir. Persembahan lip sync bertema daripada Ryzal, Elizad dan Syazwan persis superstar dan menerima sorakan gemuruh oleh penonton studio. Ryzal telah memilih lagu popular Justin Timberlake ‘Can’t Stop The Feeling’, Siti Elizad pula memilih lagu Syamel yang bertajuk ‘Hidup Dalam Mati’ manakala lagu ‘24K Magic’ nyanyian asal Bruno Mars menjadi taruhan Syazwan Zulkifly. Segmen pertama ini telah menyaksikan Siti Elizad mendahului pesaing-pesaingnya.

Seterusnya, para contender diuji dengan humming challenge yang perlu meneka lagu dengan mendengar nyanyian daripada tetamu jemputan. Syazwan berjaya mengumpul mata yang paling banyak dalam cabaran ini. Seterusnya, para contender diuji untuk melukis objek hanya dengan menggunakan mulut. Masing – masing mahu menang dalam cabaran ini untuk mendapatkan keistimewaan yang dapat membantu mendapat mata yang tinggi di segmen terakhir. Akhirnya, Ryzal berjaya mendapatkan clapper untuk penyokongnya.

Lip sync spontan menguji kreativiti para contender untuk melakukan persembahan berdasarkan cabutan lagu dari kotak yang disediakan. Ryzal telah mendapat lagu ‘Yank’ (Wali Band), Elizad dengan lagu dangdut ‘Cinta 100%’ (Mas Idayu) dan seterusnya Syazwan dengan lagu popular Khalifah, finalis Anugerah Juara Lagu 31 iaitu ‘Hang Pi Mana’.

Eepisod kedua pada 9 Mac 2017 akan menyaksikan Izzue Islam yang telah menyahut cabaran Syazwan Zulkifly untuk beraksi di pentas gelanggang Perang Bibir. Izzue Islam akan bersaing dengan Mawar Rashid dan Taufiq Hanafi dalam tema K – Pop. Siapakah bintang K – Pop yang menjadi pilihan Izzue, Mawar dan Taufiq? Apakah strategi dan idea menarik yang akan dipersembahkan oleh para contender?

Secara am, format program Perang Bibir dibahagikan kepada 3 pusingan iaitu pusingan kelayakan (episod 1-8), pusingan separuh akhir (episod 9 -11) dan pusingan akhir (episod 12). Selain 8 pemenang yang berjaya di pusingan kelayakan, contender yang tersingkir masih mempunyai satu peluang untuk menyertai pusingan separuh akhir sebagai peserta wild card. Di pusingan separuh akhir, hanya 9 contender akan bertanding untuk merebut 3 tempat di pusingan akhir di mana hadiah wang tunai sebanyak RM 30,000 dijadikan taruhan.

Pusingan kelayakan yang disertai oleh 3 orang contender pada setiap episod dengan tema yang berlainan mempunyai 3 cabaran iaitu persembahan lip sync bertema, mini game dan persembahan lip sync spontan.
Mata persembahan lip sync bertema daripada carta lagu tempatan dan luar negara ditentukan oleh sorakan penonton studio. Contender masih boleh mengejar mata dalam 2 mini game di cabaran kedua. Contender yang menang di peringkat ini akan mendapat kelebihan untuk digunakan di peringkat ketiga iaitu persembahan lip sync spontan. Contender dengan mata terkumpul yang paling tinggi akan mara ke pusingan separuh akhir.

Sidang produksi Perang Bibir diketuai oleh Nazatul Fariz Mohd Aziz sebagai penerbit eksekutif serta Daniel Chan, Saidatul Akmar Mohd Shah dan Ahmad Azahari Mohamad Ali sebagai penerbit.

Berhibur dengan 24 artis popular dalam Perang Bibir pada setiap hari Khamis, pukul 9.30 malam selama satu jam di TV9. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV9 iaitu @TV9Malaysia. Gunakan hash tag #PerangBibir untuk menghangatkan perbualan tentang program ini di laman media sosial. Penonton juga boleh menyaksikan program ini di portal video nombor Satu Malaysia, tonton.com.my

Syazwan Zulkifly (episod 1)

Siti Elizad (episod 1)

Ryzal Jaafar (episod 1)

Perang Bibir - Taufiq Hanafi

Perang Bibir - Izzue Islam

Apakah strategi Izzue Islam yang beraksi dalam episod 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Komedi Empat Madu Bersatu Elak Diceraikan Dalam Telemovie Mambo No. 5

Apa Yang Korang Perlu Tahu Tentang Peruntukan Bagasi Kabin Airasia