in , ,

Syarikat Tempatan Berjaya Membangunkan Kit Ujian Saringan & Pengesahan COVID-19

Salah satu daripada perkara yang menyukarkan hospital-hospital untuk mengesan samada seorang pesakit adalah positif atau negatif untuk wabak COVID-19 ialah ia mempunyai banyak simtom-simtom yang sama seperti demam influenza.

Baru-baru ini, Medical Innovation Ventures Sdn. Bhd. ataupun Mediven dilaporkan telah berjaya membangunkan dua kit ujian untuk menguji samada seseorang pesakit itu positif COVID-19 ataupun tidak.

Covid 19

Kit pertama yang dinamakan GenoAmp Real-Time RT-PCR Flu A/ Flu B/ SARS-Cov-2/MERS-CoV boleh digunakan sebagai ujian saringan untuk melihat samada seorang pesakit mempunyai penyakit Influenza A, B, SARS-CoV-2 ataupun MERS-COV dengan setitis darah pesakit sahaja.

Kit kedua pula, iaitu GenoAmp Real-Time RT-PCR SARS-Cov-2 dapat mengesahkan jangkitan COVID-19 melalui ujian saringannya.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Mediven, mereka mengatakan bahawa kedua-dua kit ujian ini dicipta berdasarkan protokol antarabangsa yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk COVID-19.

Sumber: Portal Amanz

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahid | 12

Salam Takziah, Bapa Zahid AF2 Meninggal Dunia

Chef Wan | 13

Bekas Isteri Chef Wan, Norhayate Ayub Meninggal Dunia