in ,

Salam Takziah, Bapa Zahid AF2 Meninggal Dunia

BAPA kepada penyanyi Zahid Baharudin iaitu Baharuddin Md Ariff meninggal dunia pada kira-kira pukul 4.16 petang Selasa akibat pendarahan di otak.

Zahid yang juga juara Akademi Fantasia 2 ketika dihubungi memaklumkan, bapanya ditahan di hospital selama 11 hari sejak 7 Mac lalu selepas terjatuh di rumahnya. Jenazah Baharudin, 70, akan dikebumikankan di Teluk Intan, esok.

Salam Takziah! Bapa Zahid AF2 Meninggal Dunia

“Pada awalnya, arwah terjatuh di rumah dan ditahan di hospital sejak 7 Mac lalu. Doktor sahkan ada pendarahan dalam kepalanya,”

“Inshaa-Allah, jenazah bapa saya akan disemadikan di Teluk Intan pada esok hari dan maklumat terperinci akan saya dikongsikan nanti kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu,”

– Zahid

Bekas isteri Zahid iaitu Sarah Julita Yusof berkata, Allahyarham yang berusia 71 tahun itu terjatuh di kediamannya dan mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan sejak dua minggu lalu.

“Papa Zahid jatuh di rumah dua minggu lepas, kemudian terus tidak sedarkan diri dan terdapat darah beku di kepala.

“Sepatutnya doktor nak buat pembedahan untuk keluarkan darah beku tapi tidak dapat dijalankan kerana papa tidak sedar dan hanya respon sikit-sikit bila kita pegang.

“Saya dimaklumkan meninggal kira-kira pukul 4.16 petang tadi (Selasa) tapi masih tidak dapat info daripada Zahid kerana dia sedang sibuk menguruskan jenazah,”

– Sarah

Sarah berkata, jenazah akan dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Teluk Intan.

Salam Takziah! Bapa Zahid AF2 Meninggal Dunia

Tiga hari lalu, Zahid memuat naik foto dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan bapanya agar kembali pulih.

Pada Julai tahun lalu, Zahid memberitahu bapanya yang menghidap penyakit demensia sejak dua tahun lalu hilang selama 12 jam selepas keluar dari rumah.

Bagaimanapun, tindakan pantas netizen yang berkongsi info berkaitan kehilangan itu akhirnya berjaya mengesan warga emas tersebut.

Tiga hari lalu, Zahid memuat naik foto ayahnya dan memohon supaya rakan-rakan serta pengikut di laman sosialnya mendoakan kesejahteraan buat bapanya.

Ramai rakan artis dan kenalannya mula menitipkan ucapan takziah di akaun Instagram sejak petang tadi.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maya Ruslee Derita Kanser Sarcoma, Meninggal dalam Perjalanan Ke Hospital

Syarikat Tempatan Berjaya Membangunkan Kit Ujian Saringan & Pengesahan COVID-19