in , ,

Bekas Isteri Chef Wan, Norhayate Ayub Meninggal Dunia

IBU kepada pelakon Serina Redzuawan iaitu Norharyati Ayub meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang dan jantung di Hospital Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.

Bekas isteri Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, Norhayate Ayub meninggal dunia di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung, hari ini. Berita sedih itu dikongsi Chef Wan di Instagram, kira-kira sejam lalu.

“Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bekas isteri baru meninggal dunia di Hospital Ampang.

“Saya sedang menguruskan apa yang perlu untuk urusan pengebumian esok. Saya akan beritahu sanak-saudara kemudian,”

– Chef Wan
Bekas Isteri Chef Wan, Norhayate Ayub Meninggal Dunia

Sementara itu, anak Chef Wan, Serina turut memuat naik entri surah al-Fatihah di laman Instagram.

“Mohon keluarga dan sahabat semua sedekahkan al-Fatihah dan Yasin kepada arwah ibu,”

– Serina
Bekas Isteri Chef Wan, Norhayate Ayub Meninggal Dunia

Berita itu disahkan sendiri oleh Serina, 37,  yang memohon seluruh keluarga dan sahabat sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Assalammulaikum, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya iaitu Hajah Norhayati Ayub telah meninggal dunia hari ini di Hospital Ampang akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.

“Mohon keluarga dan semua sahabat sedekahkan Al-Fatihah dan yassin kepada arwah mama. Allahukbar,”

– Serina

Pada 28 Februari lalu, Serina berkongsi berita sedih apabila ibunya perlu menjalani pembedahan bagi memotong kaki akibat penyakit kencing manis.

Bulan lalu, Serina pernah berkongsi keadaan kesihatan arwah ibunya di laman sosial.

Bekas Isteri Chef Wan, Norhayate Ayub Meninggal Dunia
Terdahulu, Chef Wan dimasukkan ke hospital akibat penyakit kayap.

Menurut anak kepada tukang masak terkenal iaitu Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan, dia terpaksa cekalkan hati untuk menyampaikan berita itu kepada ibunya.

Dalam pada itu, Serina mendoakan Allahyarham mendapat keampunan Allah dan berharap ahli keluarganya diberi kesabaran untuk menghadapi pemergian itu.

Bekas Isteri Chef Wan, Norhayate Ayub Meninggal Dunia

“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga firdausi sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluargaku semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,”

– Serina

Norhayati berkahwin dengan Chef Wan pada 1982 namun rumah tangga yang dibina hanya bertahan selama tiga tahun.

Hasil daripada perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Mohd Nadzri dan Serina.

Hasil daripada perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Mohd Nadzri dan Serina.

Sumber: mStar Online
Bekas Isteri Chef Wan, Norhayate Ayub Meninggal Dunia

What do you think?

743 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Syarikat Tempatan Berjaya Membangunkan Kit Ujian Saringan & Pengesahan COVID-19

Grab, Dahmakan Masih Beroperasi Seperti Biasa, FoodPanda Tawar Penghantaran Tanpa Sentuh