in , ,

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Hadir Ke Pejabat Jawi, Ini Yang Berlaku

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof tiba Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kira-kira pukul 9.30 pagi tadi bagi sesi perbincangan mencari jalan perdamaian dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Memetik Utusan Online, Syamsul yang ditemani seorang ahli keluarganya berharap dia dapat berbincang dengan Puteri Sarah secara baik.

“Doakan terbaik. Mudah-mudahan itu yang saya nak. Moga Sarah boleh bincang secara baik dengan saya,” katanya.

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Hadir Ke Pejabat Jawi, Ini Yang Berlaku

Difahamkan, Puteri Sarah akan hadir ditemani adiknya ke sesi tersebut.

Pada 7 Mac lalu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Kagum Dengan Mizz Nina Tak Buka Aib Bekas Suaminya Noh Salleh

Puteri Sarah Liyana Enggan Berdamai, Nekad Mahu Bercerai dengan Syamsul