in , ,

Puteri Sarah Liyana Enggan Berdamai, Nekad Mahu Bercerai dengan Syamsul

Sesi perdamaian membabitkan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini gagal menemui jalan penyelesaian.

Memetik hLive, Puteri Sarah menegaskan dia tetap mahu bercerai dengan suaminya serta tidak mahu lagi berdamai dan berharap untuk dilepaskan.

Puteri Sarah Liyana Enggan Berdamai, Nekad Mahu Bercerai dengan Syamsul Yusof

Menurut Puteri Sarah lagi, dalam sesi bersama Jawatankuasa Pendamai (JKP) pagi tadi, dia meminta untuk berlangsung secara berasingan kerana tidak mahu bersemuka dengan suaminya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata jika suaminya enggan melafazkan cerai dia bakal menggunakan khidmat hakam sebagai alternatif terakhir.

Terdahulu, Syamsul Yusof yang ditemui ketika hadir ke Jawi untuk sesi tersebut meminta agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya bersama Puteri Sarah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

puteri sarah liyana syamsul

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Hadir Ke Pejabat Jawi, Ini Yang Berlaku

Syamsul Kecewa Tak Dapat Jumpa Puteri Sarah, Mahu Bincang Giliran Bermalam