in , ,

Luahan Hati Zynakal Dalam PERASAAN Berdepan dengan Detik Sukar dalam Hidup

Penyanyi dan komposer Zynakal bukanlah suatu nama baharu dalam arena muzik negara. Penyanyi ini pertama kali muncul di persada seni menerusi lagu debutnya ‘Terbang’ pada tahun 2018.

Namun peristiwa kontroversi melibatkan dirinya yang berlaku sekitar Ogos tahun lalu telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada kerjayanya sebagai penyanyi. Mengambil iktibar dan bangkit daripada masalah kesihatan mentalnya yang mencetus kejadian kontroversi tersebut, Zynakal muncul dengan lagu ‘Sakit’ pada Disember 2019.

Lagu gandingannya bersama penyanyi dan komposer Yonnyboii  itu telah mendapat sambutan positif pendengar sehingga berjaya menduduki #1 di carta RIM ‘Lagu Yang Paling Banyak Distrim’ selama 14 minggu berturut-turut dan sehingga ke hari ini masih kekal dalam carta tersebut untuk minggu yang ke-39.

Luahan Hati Zynakal Dalam ‘PERASAAN’

Sejak kemunculannya pada tahun 2018, penyanyi yang mesra disapa sebagai Zyn berpeluang muncul di kaca televisyen buat pertama kalinya apabila dijemput membuat persembahan sebagai artis undangan dalam program Showcase Big Stage 2020 pada 4 Oktober lalu.

Lebih manis lagi kemunculannya itu adalah bagi memperkenalkan lagu terbaharunya “PERASAAN” kepada khalayak umum. “PERASAAN” merupakan single pertamanya di bawah Warner Music Malaysia.

Single “PERASAAN”  merupakan ciptaan penuh Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli. Lagu yang sarat dengan emosi ini bercerita tentang apa yang tersirat di kalbu Zyn dalam menghadapi detik-detik sukar dalam hidupnya.

Sejak berkongsi video petikan lagu ini di laman Instagramnya pada 22 September lalu, video tersebut sudah ditonton lebih 260 ribu kali dan mendapat reaksi positif peminat. Menyifatkan lagu ini cerminan rasa apa yang ada di hati sanubarinya, Zyn berkata, 

“Daripada dulu, muzik menjadi wadah untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati. Lagu ini cuba menyelami perasaan mereka yang dalam kesedihan namun perasaan mereka itu diperlekehkan atau dinafikan.”

“Sudah menjadi lumrah manusia suka mengadili tanpa mengenali atau memahami dahulu seseorang atau sesuatu keadaan.

Kadang-kadang kita lupa orang yang kita benci itu pun ada hati dan perasaan juga.

Jadi berpada-padalah dalam setiap perbuatan, kerana kesannya ke atas orang lain kita tidak tahu. Itulah yang saya cuba sampaikan melalui lagu ‘Perasaan’ ini,”

– Zynakal
Luahan Hati Zynakal Dalam ‘PERASAAN’

Anak saudara kepada Zamani Slam ini masih berduka di atas kehilangan ibu tersayang, Allahyarham Zuraidah Ibrahim pada 26 September lalu.

“PERASAAN diterbitkan dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 23 OKTOBER 2020.

MENGENAI ZYNAKAL

Muhammad Raziq Rosli ayau lebih dikenali sebagai Zynakal bermula dalam industri muzik sebagai komposer pada tahun 2017, menerusi lagu ‘Sabar’ nyanyian Ismail Izzani yang diciptanya bersama Omar K, Adib Hamdi dan Ismail Izzani. Pada tahun 2018, Zynakal mula menempa nama sebagai penyanyi menerusi single debutnya ‘Terbang’, lagu ciptaanya bersama Sufian Suhaimi, Sabbala dan Faiz Ruzaini. Pernah muncul berkolaborasi bersama Caprice, MK & Tuju dan Sakit menerusi lagu BAL pada tahun 2019. Namun namanya makin popular pada penghujung tahun 2019 apabila muncul berkolaborasi dengan Yonnyboii menerusi lagu ‘Cemburu’ dan ‘Sakit’. Terbaharu, Zynakal pernah muncul dengan  lagu ‘Teh Terakhirku’ bersama Mark Adam & Shuib Sepahtu pada Julai lalu. Kini Zynakal bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul ‘Perasaan’. Ini merupakan single pertama Zynakal setelah bernaung di bawah Warner Music Malaysia.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Farah Nabilah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Belum Sedia Dedahkan Nama & Wajah Anak

Syamsul Yusof Kasi Tawaran RM10,000 Jika Grab Jumpa Lelaki Ini