in , ,

Syamsul Tak Nak Lafaz Talak, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul

Pengarah terkenal, Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah dalam prosiding sebutan di Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan cerai itu.

Sementara itu, Puteri Sarah terpaksa mengemukakan bukti baru kepada mahkamah mendawak dirinya pernah dupukul suaminya itu tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, Puteri Sarah berkata dia tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih wujud rasa cinta pada suaminya dan ibu mentuanya yang menyelamatkannya.

Syamsul Tak Nak Lafaz Talak, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul

“Saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu. Akan tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya.

“Masa itu tak buat (laporan) sebab sayang..bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.

“Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah, Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata insiden dipukul itu merupakan salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah.

“Itu (dipukul) antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).

“Jadi pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku. Selepas kejadian itu beliau (Sarah) kembali semula ke rumah atas sebab jasa baik pihak keluarga mentua.

“Jadi, Syamsul memberi andaian dan gambaran bahawa anak guam saya yang keluar ke rumah tanpa izin. Itu tidak betul sebab anak guam saya ada asas,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IDZU BAHARIN

Baju ‘Kepok’ Ala Aina Abdul, Idzu Baharin Dakwah Menerusi Fesyen

SEKILAS LIGA Kembali Bersiaran di RTM, Solusi Terbaik Penggemar Sukan