in , ,

SEKILAS LIGA Kembali Bersiaran di RTM, Solusi Terbaik Penggemar Sukan

Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Sukan TV kembali membawakan program “Sekilas Liga”, sebuah rancangan berkonsepkan majalah yang memaparkan rangkuman mingguan perlawanan bola sepak liga Malaysia iaitu Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Diterbitkan sebanyak 44 episod, Sekilas Liga akan bersiaran selama 30 minit setiap hari Khamis, pukul 11.00 malam di saluran Okey (Astro 146) dan saluran Sukan RTM (my freeview 111). Siaran pertamanya telah pun bermula pada 23 Februari lalu.

Sekilas Liga merupakan pilihan kepada penonton yang tidak dapat menyaksikan perlawanan secara langsung di rumah atau stadium. Program ini akan mengupas isu-isu terkini, mendapatkan reaksi pelbagai pihak dan mencari solusi terbaik demi memartabatkan bola sepak tempatan. 

Program SEKILAS LIGA Kembali Bersiaran di RTM, Solusi Terbaik Penggemar Sukan

Segmen ‘sana-sini’ berkonsepkan ‘human interest’ akan memaparkan aktiviti kelab penyokong, kejohanan bola sepak peringkat komuniti, teknologi bola sepak, menjejaki legenda atau ikon serta mempromosikan akademi bola sepak di setiap negeri. 

Sekilas Liga pernah diangkat sebagai rancangan tunggak RTM bermula tahun 2004 namun ditamatkan penerbitannya pada tahun 2015 apabila hak siaran liga Malaysia beralih ke stesen TV swasta. 

Dua orang penerbit akan menerajui Sekilas Liga 2023 iaitu Mohd Fauzi Mohd Marzauki dan Mohd Khairul Hani Khairuddin.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Unit Sukan TV, Mohd Akhtar Hj. Hamzah dalam kenyataannya yakin Sekilas Liga mampu menjadi tarikan utama rancangan sukan di RTM selain siaran langsung bola sepak Liga Malaysia. Tambahan pula jenama Sekilas Liga telah lama wujud dan kini kembali menyinari liga bola sepak Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syamsul Tak Nak Lafaz Talak, Puteri Sarah Dakwa Pernah Dipukul

Irin Putri Azmi

Istimewa Majalah 3 Bersama TNB Dalam ‘Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir’