in , ,

Syafie Naswip & Aishah Azman Selamat Bertunang, Bakal Nikah Tahun 2020

Tahniah buat pelakon Syafie Naswip kerana telah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan Aishah Azman di satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019. Semoga ikatan kekal abadi selamanya.

Pelakon Syafie Naswip selamat mengikat tali pertunangan dengan pelakon Aishah Azman dalam sebuah majlis yang diadakan di Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras, pada jam 8 malam, 7 April 2019.

Pasangan yang mula menjalin hubungan cinta sejak tahun lepas itu memilih tema taman untuk majlis pertunangan mereka yang dihadiri seramai 200 tetamu terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan.

Syafie Naswip, Aishah Azman Selamat Bertunang

Bertunang Selepas Setahun Bercinta

Percintaan kedua-dua pelakon ini bukanlah rahsia, apabila mereka berdua mengumumkan sedang menjalin perhubungan percintaan, sejak lebih setahun lalu.

Kemesraan antara Syafie Naswip dan Aishah Azman sering menjadi perhatian ramai. Muat naik foto berdua dan sering melakukan pelbagai aktiviti bersama telah menyebabkan mereka disifatkan sebagai pasangan yang manis dan romantik.

Bagaimanapun tarikh majlis pernikahan mereka belum diputuskan, namun ia dijangka akan berlangsung pada tahun ini. 

Bakal Nikah Tahun Depan

Teruja kerana selamat bergelar tunangan orang, Syafie atau nama lengkapnya Mohammad Syafie Naswip berkata, dia bersyukur kerana majlis yang dirancang tiga bulan lalu berjalan dengan lancar. 

“Sebenarnya ibu saya yang minta supaya majlis pertunangan kami diadakan segera. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.  

“Cuma keluarga kedua-dua belah pihak belum putuskan tarikh majlis. Memandangkan banyak dokumen perlu diuruskan termasuk lokasi majlis. Insya-allah ia akan dilangsung tahun ini juga,”

– Syafie Naswip
Syafie Naswip &Amp; Aishah Azman Selamat Bertunang
Pada majlis itu, ibu Syafie, Noorsiah Ahmad menyarung cincin pertunangan di jari manis Aishah.

Pada majlis itu Syafie, 27, memberi lima dulang hantaran dan dibalas sebanyak lima dulang oleh pihak perempuan yang kesemuanya berupa manisan. 

Berkonsepkan majlis dalam taman, Aishah tampak anggun mengenakan busana biru muda rekaan Zamrimatouch.

Aishah, 23, yang menyarung busana berona biru muda rekaan Zamri Mat turut menerima sebentuk cincin tanda pertunangan daripada ibu Syafie, Noorsiah Ahmad. 

Aishah berkata, dia terpikat dengan Syafie selepas melihat tunangnya itu memiliki sifat penyayang dan menghargai insan di sekeliling.

“Bukanlah seperti cinta pandang pertama. Sebaliknya, saya lihat cara Syafie melayan insan di sekeliling… Dia sangat menghormati orang lain.

“Selain itu, Syafie juga penyabar dan pandai mengambil hati orang,”

– Aishah

Antara rakan selebriti yang hadir pada majlis itu adalah Amelia Henderson, Jasmine Suraya Chin, Sweet Qismina, Syazuan Hassan, Aedy Ashraf, Adam Lee dan Fimie Don.

Budiey doakan semoga hubungan cinta kalian kekal bahagia selamanya. Amin.

Syafie Naswip &Amp; Aishah Azman Selamat Bertunang
Syafie Naswip &Amp; Aishah Azman Selamat Bertunang

Syafie Naswip &Amp; Aishah Azman Selamat Bertunang
Syafie Naswip &Amp; Aishah Azman Selamat Bertunang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 DFKL2019

Ibu Ahya Rosli, Normah Damanhuri Mohon Maaf, Paperdoll Sepatutnya Tarian Tradisional