in , , ,

Ibu Ahya Rosli, Normah Damanhuri Mohon Maaf, Paperdoll Sepatutnya Tarian Tradisional

Inilah nilai kasih ibu yang tak sanggup melihat anaknya dikecam oleh netizen. Semoga dengan permohonan maaf ini dapat menenangkan keadaan. Khabarnya, sudah ada yang nak boikot bisnes Ahya Rosli gara-gara kontroversi ini.

Pelakon veteran, Normah Damanhuri memohon maaf, rentetan kontroversi majlis persandingan anaknya, Ahya Rosli yang mengundang penari seksi seterusnya mencetuskan perdebatan di laman sosial, semalam.

Normah berkata, dia tidak menyangka persembahan hiburan untuk tetamu itu mengundang perasaan kurang senang netizen sehingga keluarganya menerima kritikan hebat.

“Saya ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua di atas kekhilafan pada majlis anakanda saya. Untuk pengetahuan semua, segmen membabitkan paper doll (mak nyah) itu sebenarnya persembahan tradisional, ‘miming’, lawak jenaka dan gurau santai dengan tetamu ala-ala Bollywood.

“Tidak sangka pula, cara mereka berpakaian agak keterlaluan untuk majlis perkahwinan. Sekali lagi, saya sebagai wakil keluarga memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,”

– Normah Damanhuri

Normah membuat kenyataan itu menerusi muat naik video di akaun Instagramnya, petang tadi.

Ahya Rosli

Terdahulu, netizen mengkritik klip video yang memaparkan aksi penari dipercayai lelaki menyerupai wanita sedang menari dengan rutin disifatkan keterlaluan pada majlis perkahwinan Ayha yang berkonsepkan tradisional Melayu.

Ahya Rosli

Klip video itu tular selepas dikongsi kakak Ahya, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM di Instagram. Netizen bagaimanapun, menyelar persembahan itu dan menyifatkan Ahya tidak wajar membenarkan penari beraksi sedemikian pada majlis yang dihadiri kanak-kanak dan warga emas.

Ahya menerusi kenyataannya, semalam berkata, dia tidak kisah dengan kritikan netizen kerana persembahan itu sekadar hiburan khas untuk tetamu.

“Saya tak kisah apa orang nak kata (mengenai majlis resepsi)… Itu majlis perkahwinan saya dan saya berhak untuk buat apa sahaja yang disukai.

“Lagipun, persembahan itu sekadar hiburan biasa untuk tetamu. Netizen pula berlebih-lebih,”

– Normah Damanhuri

Ahya bernikah dengan gadis pilihan yang dikenali sebagai Shahirah di Bukit Kiara Equestrian, di sini, pada 29 Mac lalu.

Ahya Rosli

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syafie Naswip & Aishah Azman Selamat Bertunang, Bakal Nikah Tahun 2020

Bukan Gimik, As’ad Motawh Cedera Jatuh dari Pentas di Percaya Tour Kota Kinabalu