in

Syada Amzah & Chaleeda Tersingkir di Minggu Ke-5 BIG STAGE

SEPERTI dijangka dua peserta di pentas Big Stage musim kedua iaitu Syada Amzah dan Chaleeda gagal meneruskan perjuangan apabila diumumkan tersingkir pada konsert minggu kelima yang berlangsung malam Ahad.

KONSERT kelima program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.

Sebanyak 10 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand berentap di pentas Big Stage 2019.

Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert telah diumumkan tersingkir untuk minggu kelima dan 8 peserta melangkah ke minggu keenam.

Peserta dari Thailand, Chaleeda menerima 62 peratus markah, manakala Syada menerima 68 markah daripada juri dan undian penonton menjadikan mereka menduduki prestasi terendah.

Pada minggu hadapan, kesemua peserta bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu lagu pilihan daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga ‘Battle Round’.

Yusry Abdul Halim diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.

Syada yang menyampaikan lagu Sembilu nyanyian asal Ella menerima komen kurang memberansangkan daripada juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sementara itu, Chaleeda yang menyampaikan lagu Girlfriend nyanyian asal Avril Lavigne terpaksa menerima keputusan itu setelah empat minggu berada di kedudukan tiga tercorot.

“Syada boleh menyanyi, cumanya persembahan malam ini macam tak berapa kemas, tak habis sempurna. Dia perlu cabar vokalnya kerana ini pertandingan.

“Persembahan Chaleeda pula malam ini mungkin dia terlalu selesa dan tak mencabar vokal ada semput sikit, pernafasan nampak tak kena,”

– Siti Nurhaliza.

Sementara itu, rata-rata penonton meluahkan rasa lega dengan penyingkiran Chaleeda dan Syada berikutan sudah beberapa kali menduduki tangga terbawah.

“Ramai yang bersorak bila Chaleeda dan Syada tersingkir. Patut terkeluar awal lagi.

“Semua puas hati bila Chaleeda terkeluar sampai trending nama dia di Twitter!” ujar netizen.

Umum sedia maklum, dua peserta Big Stage 2019, Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert telah diumumkan sebagai dua peserta tersingkir untuk minggu kelima dan 8 peserta melangkah ke minggu keenam, malam tadi.

Diumumkan sebagai antara tiga peserta yang mendapat markah terendah bersama Adzrin minggu ini, nasib bagaimanapun tidak menyebelahi mereka apabila dua bintang muda itu mendapat undian online paling rendah sekali gus menyekat persaingan keduanya minggu hadapan.

Positif terhadap keputusan tersebut, Chaleeda yang sebelum ini terselamat sepanjang minggu menerusi undian online menyatakan rasa terima kasih atas sokongan semua pihak, terutama buat peminat yang mengundi.

“Jujurnya saya rasa terharu atas sokongan peminat selama beberapa minggu. Cuma kali ini nasib tidak menyebelahi. Apa pun saya terima ia dengan hati terbuka memandangkan rakan lain yang bertanding memang selayaknya untuk meneruskan saingan.

“Sepanjang minggu, harapan peminat cukup kuat untuk melihat saya membuat persembahan, mengharapkan agar saya ada peningkatan dan sebagainya.

“Saya hargai meski awalnya, saya jangka akan tersingkir pada minggu pertama tetapi saya masih di sini atas sokongan mereka. Terharu atas sokongan tersebut.

“Akan tetapi bagi saya Azdrin patut meneruskan saingan, saya bangga atas apa yang telah dilakukannya, termasuk rakan lain yang ibaratnya sudah menjadi seperti keluarga sendiri,”

– Chaleeda Gilbert

Dalam perkembangan lain, gadis manis asal Thailand ini bakal melancarkan single sulung berbahasa Melayu tidak lama lagi selain turut mencuba peluang untuk mencuba bidang lakonan selepas ini.

Semalam, Chaleeda berada di kedudukan paling rendah menerusi permarkahan yang dibuat juri profesional iaitu sebanyak 62 peratus, sementara Adzrin dan Syada masing-masing memperolehi 71 peratus dan 68 peratus.

Minggu hadapan, kesemua peserta bakal membuat dua persembahan iaitu lagu pilihan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga ‘Battle Round’ bersama pasangan yang telah diumumkan pada hujung konsert.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:

Han-Byul – Yang Sedang Sedang Saja 82.00%
“Awak sebenarnya menyanyikan lagu yang sangat susah untuk dinyanyikan. Pembukaan persembahan awak sudah membuatkan bulu roma saya naik. Awak seorang yang sangat rajin melakukan ‘homework’ sebelum persembahan,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Neeta Manisha – Wo Yao Ni De Ai 81.67%
“Saya suka ‘tone’ suara awak. Awak sangat selesa menyanyikan lagu ini di samping sudah melakukannya dengan cara tersendiri,” – Yusry Abdul Halim.

Santesh – Gangnam Style 77.83%
“Awak membawakan lagu ini dengan gembira sekali. Persembahan malam ini sangat hebat,” – Cakra Khan.

“Persembahan yang bertenaga dari segi pernafasan nyanyian agak konsisten. Namun, saya inginkan sentuhan dan pembaharuan dari awak yang berbeza daripada penyanyi asal,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Saya suka karakter awak. Malam ini ada tiga orang nyanyikan lagu rock, saya boleh rasa ‘attitude’ awak,” – Yusry Abdul Halim

Fieya Julia – Sang Saka Biru 76.00%
“Nyanyian awak pada malam ini tidak mencapai kepuasan lagi. Saya tidak berpuas hati dengan persembahan awak pada malam ini,” – Cakra Khan.

“Saya melihat awak sudah melakukan kelainan pada malam ini. Lagu ini tidak sesuai untuk awak nyanyikan tetapi sudah melakukan yang terbaik,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dinda Permata – Dhoom Machale 75.33%
“Saya boleh ‘brain’ malam ini walaupun temanya ‘Cannot Brain’. Persembahan malam ini sangat menyeronokkan malah awak kelihatan selesa menyanyikan,” – Yusry Abdul Halim.

Kucaimars – Kopi Dangdut 74.33%
“Lirik perlu dijaga namun tidak nampak sebenarnya awak ada tersilap. Tarian awak sangat bagus tetapi sebagai penyanyi kena ada semua pakej. Sekarang ini sudah minggu kelima, awak kena berusaha untuk memperbaiki,” – Cakra Khan.

Irfan Haris – Kalau Aku Kaya 72.00%
“Pada saya, awak ada sedikit masalah vokal terutamanya di bahagian lirik ‘Kalau Aku Kaya’. Secara keseluruhan, persembahan awak harus dipuji. Awak ada bakat jadi awak perlu tunjukkan,” – Yusry Abdul Halim.

Adzrin – Sedang Ingin Bercinta 71.00%
“Satu persembahan yang ada identiti, awak tidak dibayangi langsung dengan penyanyi asal. Awak sudah pandai berkomunikasi dengan kamera dan peminat. Walaubagaimanapun, di pertengahan lagu tadi awak tetiba ‘lost’. Kalau boleh, awak kena rancang dari awal supaya dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan. Namun, ia tidak mencacatkan persembahan malam ini,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Syada Amzah – Sembilu 68.00% (Tersingkir)
“Saya tekankan saya mengharapkan persembahan yang lagi hebat. Nyanyian awak baik cuma awak perlu membuatkan penonton ingat akan persembahan awak,” – Cakra Khan.

Chaleeda Gilbert – Girlfriend 62.00% (Tersingkir)
“Vokal dan persembahan malam ini tidak sesuai dengan awak,” – Yusry Abdul Halim.

“Lagu itu terlampau selesa dengan awak. Nampak sangat awak semput di pertengahan persembahan. Saya harap awak tidak mengecewakan peminat yang undi awak,” – Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Robert Downey Jr | 21

Viacom Partnership with Facebook

Azrinaz Mazhar Hakim | 22

Azrinaz Mazhar Hakim Selamat Bersalin Anak Perempuan