in ,

Swan Lake St Petersburg Ballet Theatre Irina Kolesnikova di Kuala Lumpur

Penari balet utama wanita antarabangsa Irina Kolesnikova membawakan bersama bintang St Petersburg Ballet Theatre dalam sebuah produksi memukau Swan Lake.

Pertama kali dipentaskan di St Petersburg pada 1895, Swan Lake mengatur skor Pyotr Ilyich Tchaikovsky yang tidak lapuk dik zaman dan merupakan salah satu produksi tarian balet paling popular di dunia. Dengan aksi “white acts” yang sukar ditandingi, suasana dewan tarian yang menakjubkan dan memukau hadirin, muzik mengagumkan dan penceritaan yang begitu menyentuh hati, ini adalah sebuah persembahan balet yang mengatasi semua karya yang seumpamanya. Swan Lake menceritakan kisah putera Prince Siegfried ketika muda yang jatuh cinta dengan Puteri AngsaOdette, seorang wanita yang bertukar menjadi angsa putih setelah terkena sumpahan ahli sihirRothbart. Ini adalah sebuah kisah bagaimana cinta sejati menguasai segalanya.

SWAN LAKE

Ditubuhkan pada 1994, St Petersburg Ballet Theatre bukan sahaja terkenal dengan penari terlatih Vaganova, tetapi juga produksi jangka panjang yang menakjubkan. Diterajui oleh penari balet utama wanitaIrina Kolesnikova, syarikat tersebut mengembara ke seluruh dunia untuk mempersembahkan karya klasik daripada himpunan karya agungnya termasukGiselle, Don Quixote, La Bayadere, Romeo danJulietteserta The Nutcracker dan Sleeping Beauty. Syarikat yang sangat popular itu menerima sambutan tinggi dengan mengadakan lebih 200 persembahan setiap tahun.

Selepas tiket habis terjual di London, Paris, Sydney danSingapore, St Petersburg Ballet Theatre yang cukup terkenal didunia kini membuat kemunculan pertamanya di Kuala Lumpur dengan persembahan balet sensasiSwan Lakeyang sudah tentu menjanjikan sebuah persembahan memukau yang akan memberikan pengalaman tidak boleh dilupakan kepada para penonton. Sebuah persembahan yang tidak boleh dilepaskan!

Tiket untuk Swan Lake boleh didapati sekarang di www.myticket.asia.

“St Petersburg Ballet Theatre is a company to be treasured.”                                    

– Sunday Telegraph, London
SWAN LAKE

Irina Kolesnikova is diva of dance with whom few stars can compare

– Journal du Dimanche, Paris
SWAN LAKE

Kolesnikova’s Odette is truly a thing of remarkable beauty and technically flawless

The Telegraph, London
SWAN LAKE

Maklumat Swan Lake

Tarikh: 26 July hingga 28 July 2019

Waktu persembahan: 8.30pm 

Venue: Istana Budaya, Kuala Lumpur

Laman web: www.shirazprojects.com

Harga Tiket: RM455 (Diamond)

RM345 (Platinum)

RM245 (Gold)

RM155 (Silver)

RM95(Bronze)

Tickets: www.myticket.asia

MyTicket: 03 8605 0195

Info Hotline:012 256 0082

SWAN LAKE

Facebook: shirazprojects

Instagram: @shirazprojects

SWAN LAKE
SWAN LAKE
SWAN LAKE
SWAN LAKE

Swan Lake dibawakan oleh St Petersburg Ballet Theatre dengan kerjasama Shiraz Projects Sdn. Bhd.

Dengan Kerjasama                  : Istana Budaya

Hotel Rasmi                                    : Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur

Tiket Rasmi                                    : MyTicket            

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzikal Lawak Superstar Minggu 4 Malam Penuh Drama

Syafiq Farhain Tak Sabar Menonton Lakonan Sendiri dalam HERO THE MOVIE