in , ,

Amal Makanan Sunnah, Ellie Suriaty Omar Hormat Keputusan Anak Tolak Vaskin

Menghormati keputusan dua anaknya yang menolak untuk menerima vaksin, pelakon Ellie Suriaty berkata laporan polis dibuat sebagai perlindungan jika mereka dipaksa mengambil vaksin.

Menurut Ellie, sekolah memberi pilihan sama ada mahu mengambil atau pun tidak, namun bimbang ada kekangan kelak sebagai contoh tidak dibenarkan menduduki SPM.

“Takut jadi paksaan bila kata its okay tak ambil vaksin tapi nanti tak boleh duduk SPM. Anak saya 17 tahun dan anak perempuan saya 12 tahun dan akan masuk tingkatan satu. Takut nanti tak boleh daftar masuk sekolah,”

– Ellie Suriaty Omar

Kata Ellie lagi, mereka sekeluarga tidak akan mengambil suntikan vaksin dan memilih untuk mencegah virus tersebut dengan mengamalkan makanan sunnah.

Anak Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tolak Suntikan Vaksin Covid-19

“Orang yang ambil vaksin kata dia guna vaksin untuk mencegah, baik, dan saya pun ada cara pencegahan sendiri menggunakan remedi semula jadi. Pagi-pagi saya sekeluarga akan minum air lemon campur madu dan letak cengkih serta kulit kayu manis.

“Tengahari kita minum habbatus sauda atau sumac yang dicampurkan dalam air atau masakan. Inilah cara kita, mungkin orang cakap kolot tapi sunnah Rasullulah, habbatus sauda adalah ubat segala penyakit kecuali mati. Jadi saya takkan ambil vaksin,”– Ellie Suriaty Omar

– Ellie Suriaty Omar

Dalam pada itu, Ellie turut meluahkan rasa kasihan pada anaknya yang dikecam teruk di media sosial kerana menolak vaksin

“Saya dah biasa kena kecam sejak jadi pembangkang, jadi saya dah biasa. Selagi you bercakap menggunakan fakta, pada saya bila netizen kecam, kita tak mahu bergaduh.

“Azrell tiada niat nak menghasut orang supaya tolak vaksin. Kesian kat dia. Tapi saya tak boleh stop dia daripada berkata perkara yang benar,”

– Ellie Suriaty Omar

Terdahulu, dua anaknya membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati bagi mempertahankan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Sushi King Apa Ni? Tak Bertanggungjawab,”- Sweet Qismina

Aishah Berdoa Semoga Tidak Ditidurkan, Mohon Maaf Kepada Semua