in , , ,

SUPER 8 Beri Kelainan Kepada Team Pagi Suria

Terus komited dalam memberikan kelainan kepada pendengar, stesen radio SURIA memperkenalkan Super 8 Team Pagi Suria bermula 4 Mac lepas.

Buat pertama kalinya, SURIA menampilkan lapan orang selebriti yang terdiri daripada pelawak, penyanyi, pelakon dan juga bekas penyampai radio popular sebagai penyampai jemputan setiap minggu di segmen Team Pagi Suria bersama Fizi Ali dan Issey. 

Super 8 Beri Kelainan Kepada Team Pagi Suria

Pelawak wanita, Ain Sufia merupakan selebriti Super 8 yang pertama ke udara bersama Team Pagi Suria pada Minggu Bunga Suria lalu. Menurut Roslinda Abd Majid (DJ Lin) selaku Pengurus Program Suria, keserasian Ain Sufia yang pernah beberapa kali ke udara bersama Fizi dan Issey mendapat pujian daripada pendengar-pendengar setia SURIA dan ini membuatkan SURIA teruja menunggu maklum balas pendengar berkenaan selebriti Super 8 yang lain. 

Kelapan-lapan selebriti ini akan memulakan tugas mereka sebagai penyampai jemputan Team Pagi Suria seperti mana Fizi Ali dan Issey bertugas iaitu bermula pada jam 6 pagi sehingga 10 pagi.

Bukan itu sahaja, ada antara selebriti Super 8 ini juga akan turut serta dalam acara tahunan, Jelajah Suria yang akan mula menjelajah ke beberapa buah negeri di sekitar Semenanjung Malaysia sepanjang Mac hingga April ini dan lokasi pertama adalah di Angsana Mall, Johor Bahru pada 16 Mac. 

“Siri jelajah ini merupakan salah satu initiatif SURIA sebagai tanda terima kasih kepada pendengar setia yang menyokong SURIA selama ini. Malah, sebagai platform terbaik untuk pendengar beramah mesra bersama semua penyampai SURIA dan artis-artis popular. Dan tentunya SURIA bakal menampilkan beberapa kelainan di siri jelajah kali ini khas buat peminat yang hadir.”

– DJ Lin

Untuk lokasi pertama Jelajah SURIA 2019 ini, temui barisan penyampai SURIA seperti Fizi Ali, Issey, Cik Piah, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin dan berhibur dengan persembahan artis-artis popular seperti Akim & The Majistret, Siti Nordiana, Tomok, Hazama, Hafiz Shuib, Amir Masdi, Adira, Gmie Screen, One Avenue Band. 

Super 8 Beri Kelainan Kepada Team Pagi Suria

Pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai permainan pentas yang disediakan juga memenangi wang tunai dan barangan eksklusif Suria.

Tarikh dan lokasi Jelajah Suria 2019 adalah seperti berikut:

TarikhLokasi
16 Mac 2019Angsana Mall, Johor Bahru
23 Mac 2019Kuantan City Mall, Pahang
30 Mac 2019AEON Station 18, Ipoh
6 April 2019Aman Sentral Mall, Alor Setar

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.mydan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #JelajahSuria untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial. 

Super 8 Beri Kelainan Kepada Team Pagi Suria

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Emily Kong Maut Kemalangan

Fasha Sandha & Aidil Aziz Jemput 5,000 Tetamu di Majlis Resepsi