in ,

Pelakon Emily Kong Maut Kemalangan

Wanita yang maut selepas kereta dipandunya terbabas merempuh pokok dalam kejadian di hadapan pasar raya NSK di Jalan Kuchai Lama di sini, semalam disahkan identitinya sebagai seorang pelakon dan penyanyi, Emily Kong.

Aktres berusia 29 tahun yang pernah muncul dalam program Sing! China 2018 itu dikatakan gagal mengawal kereta Toyota Vios dipandunya lalu merempuh sebatang pokok pada pukul 3.20 pagi.

Emily Kong

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.29 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh dengan kekuatan 10 anggota termasuk pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, pihak bomba mendapati kemalangan melibatkan seorang mangsa wanita yang berada dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran WNA 6683.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,”

– Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahaya ketika dihubungi, memaklumkan mangsa dikenali sebagai Kong Chien Ling, berusia 29 tahun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan selanjutnya.

“Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seskyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”

– Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahaya

Emily Kong juga pernah memegang watak Yu Fang, ibu kepada Xiao Feng (Debbie Loo) dalam filem CINTA BIDADARI.

Emily Kong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Salman Khan Kongsi Gambar Dengan Bekas Kekasih Di Twitter

SUPER 8 Beri Kelainan Kepada Team Pagi Suria