in , ,

Suki Low Rakam Single Berjudul NELANGSA, OST Filem THE ASSISTANT

Suki Low Sook Yee atau lebih dikenali dengan nama Suki Low di dalam industri muzik tanah air kembali dengan single terbaharu. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini merupakan Juara program realiti terbitan 8TV iaitu One In A Million musim pertama. Kejuaraan ini disandang ketika usia beliau 16 tahun.

Kini, Suki kembali menyinari persada muzik tanah air dengan suaranya yang lunak menerusi Alternate Records & Talents dengan lagu solo berjudul ‘Nelangsa’. Lagu unik ini merupakan hasil ciptaan Farouk Roman dan lirik oleh Senna.

Nelangsa merupakan bahasa lama dari seberang yang membawakan maksud sedih. Penulis liriknya, Senna sengaja memilih nama tersebut kerana ia unik dan sedap didengar. Malahan sesuai dengan konsep keseluruhan lirik dan mesej yang cuba disampaikan iaitu kesedihan dan kesengsaraan. 

Lagu Nelangsa ini merupakan OST kepada sebuah filem terbaharu iaitu ‘The Assistant’ yang bakal ditayangkan pada bulan Mei 2022. Filem aksi ini dibintangi oleh pelakon popular berbadan sasa iaitu  Hairul Azreen dan Iedil Dzuhri. Lagu OST ini amat sesuai dengan penceritaan filem aksi lasak arahan pengarah terkenal Adrian Teh. Filem ini dijangka menjadi filem “blockbuster” tempatan setelah pawagam mula dibuka di Malaysia.

Suki Low - Nelangsa (Official) The Assistant

Menurut Suki Low, “Suki sangat bersyukur apabila diberikan peluang untuk menyanyikan lagu ini kerana ianya adalah lagu single pertama yang Suki rakam setelah lama tidak keluarkan lagu baru dan ini juga merupakan kali pertama Suki nyanyi untuk sebuah OST filem. Filem ini pula hebat jalan ceritanya. Ketika diberikan lagu dan liriknya, Suki dengar dan Suki terus suka melodinya serta lirik dan perkataan yang digunakan itu membuatkan Suki jatuh cinta dengan keseluruhan lagu ini yang bersesuaian dengan filemnya.’

Tambahnya lagi, ‘Nelangsa’ merupakan sebuah lagu yg mencabar sebab berat dari segi emosi. Dari segi vokal, Suki mengguna pendekatan yang berbeza berbanding dengan lagu-lagu yang pernah Suki rakamkan sebelum ini. Suki berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan penerbit dan juga komposer terkenal dan berpengalaman seperti Farouk Roman dan kita mempunyai visi yang sama untuk mempersembahkan lagu ini. Saya sangat teruja untuk kongsikan lagu ini dengan peminat yang selalu memberi sokongan kepada Suki dan berharap mereka akan suka lagu Nelangsa ini.”

Single Nelangsa nyanyian Suki Low, edaran Alternate Records kini boleh di didengari di semua saluran digital bermula 15 April 2022.

Butiran lagu ‘Nelangsa’.

Artis : Suki Low

Tajuk: Nelangsa

Komposer: Farouk Roman

Lirik: Senna

 Lirik Lsgu NELANGSA

Inikah awalnya pengakhiranku

Seakan langit runtuh

Menenggelamkan asa

Laut membara amarah meronta

Tiada kata tersisa

Melainkan nelangsa

Sanggupkah

Kita hadapinya

Bersama

Berdua

Mengutip puing puing di jiwa

Aku masih disini

Meniti angin sedingin kelam

Dalam badai menghadang

Ku temukan satu kekuatan

Kita yang terus berjalan

Mencoba untuk bertahan

Merentas pahit dugaan

Dapatkah aku temukan

Sisi gelap yang membentang

Temukan jawapan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saiful Apek Gegar Vaganza 2021

Senario Kembali Bergabung Dalam Filem JAGA-JAGA SENARIOUNION

82Ffe8Cc 2Ac9 4A97 A002 Dc290E01Fbe7 | 17

Hanya Koyak Dan Makan, Keenakan Sardin Viral Pukau Ramai Orang