in , ,

Noki & MK Muncul dengan Single PAYUNG PELANGI, Suntik Semangat Buat Pendengar

Sebuah Single Terbaharu Berjudul PAYUNG PELANGI dari Noki & MK Sekurangnya Dapat Memberikan Harapan dan Menyuntik Semangat Buat Anak Muda

Dua nama besar ini tidak perlu lagi diperkenalkan kerana kredibiliti mereka sebagai penghibur lebih lagi sebagai penyanyi rap sudah diketahui umum. Noki dan juga MK merupakan ahli kumpulan K-Clique yang mempunyai pengaruh besar di dalam industri muzik tanah air. Mereka sentiasa aktif untuk mengeluarkan lagu-lagu terbaharu dan masih menerima banyak permintaan persembahan walaupun secara virtual.

Noki yang juga merupakan juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang lalu, dan MK penyanyi rapper kegilaan remaja telah bergabung dan menghasilkan lagu baharu kolaborasi mereka berdua yang bertajuk Payung Pelangi.

Lagu ini adalah hasil komposer dan lirik oleh Noki dan MK sendiri. Tercetusnya idea ini adalah setelah mereka berdua mendapat tawaran untuk berlakon bersama dan dalam kesempatan itu mereka merancang untuk melancarkan satu lagu nyanyian mereka berdua.

Payung Pelangi Dari Noki &Amp; Mk

Menurut Noki, “Saya agak gementar kerana ini dikira single pertama Noki. Lagu ini menceritakan tentang usaha keras. Sebelum kita mendapat sesuatu kejayaan kita perlu berusaha keras dan jangan berputus asa. Pelangi tu hanya perumpamaan dimana pelangi tak akan muncul kalau tidak hujan. Jadinya, kesusahan di permulaan pasti ada, tapi dengan usaha keras dan izin-NYA kejayaan pasti akan datang. Jadi, Noki harap lagu dan lirik ini mampu memberikan semangat kepada semua pendengar. Terus menyokong kami’

Lagu Payung Pelangi ini sudah boleh didengari di semua pelantar digital bermula 9 September 2021, dan lirik video Payung Pelangi juga dilancarkan pada tarikh yang sama dan boleh di tonton di saluran Youtube K-Clique.

Lirik Lagu PAYUNG PELANGI

Tajuk : Payung Pelangi

Artis : Noki & MK K-Clique

Komposer / Lirik : Noki & MK

Pelangi takkan timbul tanpa hujan 

Mudahi jalanku tanpa beban

Malam ku suram tanpa bintang

Sebelum jumpa hari siang

Pelangi takkan muncul tanpa hujan 

Mudahi jalanku tanpa beban

Malam ku suram tanpa bintang

Sebelum jumpa hari siang

NOKI

Perjalanan , penuh dengan kekabusan 

Kujalankan , sebab itulah tugasan 

Kemahuan , sama besar kabisan

Selesaikan , tuk capai kehidupan

Berusaha huu ….berhempas pulas 

Tak mengapa ….rezeki itu luas 

Biar berat aku pikul , asalkan depan jalan betul

Lain adat cara gaul , lain benda yang di usul

Jadi abaikan segala halangan , teruskan bergerak maju ke hadapan

Jadi abaikan 

Pelangi takkan timbul tanpa hujan 

Mudahi jalanku tanpa beban

Malam ku suram tanpa bintang

Sebelum jumpa hari siang

Pelangi takkan muncul tanpa hujan 

Mudahi jalanku tanpa beban

Malam ku suram tanpa bintang

Sebelum jumpa hari siang

Payung Pelangi Dari Noki &Amp; Mk
Payung Pelangi Dari Noki &Amp; Mk
Payung Pelangi Dari Noki &Amp; Mk
Payung Pelangi Dari Noki &Amp; Mk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ac Mizal Pink | 23

SUKE TV Perkenal SUKE Stars, Selebriti Terkenal Jayakan SUKE Shop

Fesyen Travel Trending | 24

Meraikan Wira-Wira Malaysia Yang Tak Didendang Bersama Grab