in , , ,

Suhaimi Saad Minta RM5,000 Untuk Tampil Di Program Analisis TV Alhijrah

Menerusi laman FB, pihak Analisis TV Alhijrah telah membuat pendedahan bahawa bekas ahli kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad telah meminta wang sejumlah RM5000 untuk tampil ke pentas berkenaan, berbincang tentang perkara bumi leper.

Bekas ahli kumpulan Inteam, Suhaimi Saad mengakui dia ada meminta bayaran sebanyak RM5,000 untuk tampil dalam program Analisis di saluran TV Alhijrah.

Penyanyi berkenaan telah berkongsi perkara berkenaan menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook ANALISIS Bersama FINAZ YUNUS.

Ini pendedahan dari pihak ANALISIS TV Al Hijrah:

Kami telah menghubungi Saudara Mosus buat kali kedua untuk tampil bersiaran di Analisis TVAH bagi topik ‘Flat Earth’. Beliau bagaimana pun meminta RM5000 untuk bersiaran di TVAH.

Top 5 cadangan netizen untuk Analisis Jumaat depan :

1. Flat Earth
2. Supplement dan Buah pinggang.
3. Tamadun Chola
4. Masalah depresi di Malaysia
5. Wahabi: Penyatu atau pemecah ummat?

“Betul, memang SS minta RM5,000 daripada mereka. Kenapa? Tak mampu bayar? Mereka nak SS datang ke program TV mereka.

“SS datang dari Kota Bharu. SS perlu bermalam. SS akan tanggung kos perjalanan atau flght tiket, makan dan penginapan. SS akan tanggung risiko untuk berdebat dan bercakap, dimalukan dan dikecam,”

Sebelum ini, Suhaimi menimbulkan kontroversi apabila membuat kenyataan bahawa bentuk bumi ini rata sehingga menimbulkan perdebatan, termasuk membabitkan angkasawan pertama negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Ramai yang menggesa mana-mana pihak samada pihak stesen TV menjemput mereka berdua berdebat secara langsung.

Melihat perkara ini menjadi viral, Suhaimi Saad tampil memberi komen balas, tentang kenapa dia minta RM5000 dari TV Alhijrah.

Ini komen balas dari Suhaimi Saad:

OK iSU BARU
Mohon Viralkan ya.

Betul,
Memang ss minta RM5000 daripada mereka.
Kenapa?
Tak mampu bayar?

Mereka nak ss datang ke program TV mereka.
ss datang dari Kota Bharu.
ss perlu bermalam.
ss akan tanggung kos perjalanan atau flght tiket,makan dan penginapan.
ss akan tanggung risiko untuk berdebat dan bercakap, dimalukan dan dikecam.

Pastu mereka nak panggil free free je?
Sorry!

Mereka nak ramai orang menonton siaran mereka.
Tapi tak nak bayar.
Nak bayar seratus dua je
Kau buat untung juta juta.

Ingat!
Allah akan tanya korang di akhirat nanti.

Bossku,
Kalau tak mahu bayar,lupakan je.
Tak perlu canang pada masyarakat.
Biasa la bisnes.
Ada tawaran dan permintaan.
Ada penawaran dan penolakan.

Sapa suruh buka pekong sendiri.
Memalukan TV islam je.

Ternyata perkara berkenaan membuatkan pihak program Analisis mahu mengundang Suhaimi untuk tampil bersiaran di program berkenaan bagi topik ‘Flat Earth’.

“Kami telah menghubungi Saudara Mosus buat kali kedua untuk tampil bersiaran di Analisis TVAH bagi topik ‘Flat Earth.

“Beliau bagaimanapun meminta RM5,000 untuk bersiaran di TVAH,”

– Penerbit
Analisis

Kredit gambar: Facebook Mosus (Suhaimi Saad)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

6 Destinasi Ini Wajib Dikunjungi Oleh Penggemar Filem

Kumpulan Duo Kembar THE MIRZA Lancar Single LELAH MENGALAH