in ,

6 Destinasi Ini Wajib Dikunjungi Oleh Penggemar Filem

Nah! Berikut Ini Adalah Cadangan Percutian Agoda Berinspirasikan Filem Yang Pernah Kamu Tontoni. Mungkin Salah Satunya Menepati Citarasa!

Untuk meraikan kemuncak musim anugerah filem minggu hadapan, Agoda, salah satu syarikat percutian digital yang paling pesat berkembang di dunia, berkongsi senarai idea percutian yang diilhamkan oleh filem-filem terlaris di pawagam dan pemenang anugerah. 

Tarikan Percutian Penuh Aksi

Jika anda ingin menjadi wira aksi untuk sehari dua, bertandanglah ke Queenstown, New Zealand, iaitu tempat babak aksi helikopter di dalam Mission Impossible: Fallout difilemkan. Naiki helikopter anda sendiri dan sertai pelbagai sukan lasak yang ditawarkan di New Zealand seperti terjun bungeedanheli-skiing.

Kembara ke Queenstown dan pilih daripada lebih 700 penginapan yang disenaraikan di Agoda.  

1. Queenstown, New Zealand
Queenstown, New Zealand

Sekiranya filem cereka sains dan peluang untuk menemui dinosaur di dunia moden adalah lebih sesuai dengan keinginan anda, Oahu, Hawaii adalah wajib dikunjungi kerana ia adalah tempat Jurassic Park: Fallen Kingdom difilemkanLokasi ini bukan sahaja latar belakang yang sesuai untuk makhluk pupus, ia juga adalah destinasi percutian yang dipenuhi lautan, gunung berapi, aktiviti sukan luar dan alam semulajadi sebagai tarikan. 

Pilih daripada lebih 1,900 penginapan Agoda di Oahu. 

2. O'ahu, Hawaii
O’ahu, Hawaii

Percutian Bandar Yang Berilhamkan Filem 

Crazy Rich Asians adalahsebuah filem komedi romantik hebat yang menarik minat ramai pelancong untuk ke Singapura. Filem ini menampilkan beberapa lokasi terkenal untuk diterokai di Kota Singa ini, dari taman terkenal, Gardens by the Bay sehingga gerai-gerai makanan di Newton Food Centre. 

Pastinya anda akan dapat menemui sesuatu yang menepati bajet anda daripada1,000 penginapan Agoda di Singapura! 

3. Gardens by the Bay, Singapore
Gardens by the Bay, Singapore

Filem Black Panther menampilkan babak pertarungan hebat di dalam kasino serta babak kejar-mengejar kereta di Busan, Korea, sebuah bandar yang dikatakan lebih indah pada waktu malam berbanding dengan siang.

Walaupun kasino bawah tanah yang indah tersebut hanyalah rekaan semata-mata, anda masih boleh mengalami pengalaman tersebut di tempat-tempat istirahat mewah atau kelab malam di Busan. Pada waktu siang, kunjunglah lokasi-lokasi menarik yang tidak ditampilkan di dalam filem tersebut seperti pantai-pantai Busan, mata air panas, dan kuil. 

Agoda menyenaraikan lebih 1,100 penginapan di Busan untuk pilihan anda.

4. Busan, Korea
Busan, Korea

Destinasi muzikal yang mengasyikkan

Los Angeles yang juga dikenali sebagai The City of Angelsadalah latar belakang kepada beberapa babak utama di dalam versi baru filem A Star is Born. Filem drama romantis ini mengisahkan tentang seorang pemuzik countryberpengalaman yang popularitinya semakin merosot dan ditenggelamkan oleh pasangan mudanya.  Sepanjang filem ini, kebanyakan persembahan konsert utama yang ditonjolkan difilemkan di lokasi-lokasi di sekitar Los Angeles. Ini termasuk Teater Greek yang boleh memuatkan seramai 5,870 penonton, Teater Regent yang selesa, dan Auditorium Shrine, sebuah mercu tanda dengan pelbagai acara filem dan muzik pernah dilangsungkan. 

Terokai kota ini dari 5,000 penginapan di Los Angeles yang disenaraikan di dalam Agoda.

5. Los Angeles, United States
Los Angeles, United States

Jika anda lebih gemarkan jenis muzik klasik rock berbanding dengan country, filem biografi yang disanjung tinggi tentang Queen, salah sebuah kumpulan rock terhebat dunia, harus dimasukkan di dalam senarai filem wajib-tonton anda. 

Filem Bohemian Rhapsody menampilkan persembahan kumpulan tersebut di dalam konsert Live Aid di Stadium Wembley. Stadium ini adalah salah satu lokasi paling popular untuk konsert artis-artis tersohor selain daripada menjadi tuan rumah kepada bola sepak Inggeris.

Untuk melawati mercu-mercu tanda utama yang lain di kota London, pilihlah daripada 15,800 penginapan yang disenaraikan di Agoda. 

6. London, United Kingdom
London, United Kingdom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Adik dan Kakak dalam Telemovie BATIN ARAM-ARAM

Suhaimi Saad Minta RM5,000 Untuk Tampil Di Program Analisis TV Alhijrah