in , ,

Sufian Suhaimi & Hawa Rizwana Hanya Sekadar Berkawan

Penyampai berita, Hawa Rizwana menyatakan dia tidak kisah jika hanya dikaitkan dengan penyanyi Sufian Suhaimi sebagai seorang kawan.

Menurut Hawa buat masa sekarang dia ingin mengukuhkan kariernya terlebih dahulu sebelum mempunyai perancangan untuk menjalin hubungan percintaan.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah apabila dikaitkan dengan Sufian. 

“Jelas sekali, saya dan Sufian masing-masing hanya menganggap sebagai seorang kawan.

“Saya belum bersedia lagi untuk bercinta kerana ingin memberi fokus sepenuhnya kepada karier penyiaran berita.

“Tambahan pula, kini saya sedang melanjutkan pelajaran dalam peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam,”

– Hawa Rizwana
Hawa Rizwana

Hawa memberi kenyataan balas apabila terdapat pihak mendakwa dirinya menjalin hubungan cinta bersama Sufian.

Hawa Rizwana

Tambah Hawa dia mula mengenali penyanyi Di Matamu apabila mengetahui Sufian di bawah kendalian ayahnya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman semasa menyambung pengajian Ijazah Sarjana di UiTM.

“Saya mula kenal Sufian apabila dapat tahu dia merupakan pelajar ayah saya semasa menyambung pengajian Ijazah Sarjana.

“Kami hanya berkawan malah tidak terfikir untuk ke arah satu hubungan yang serius,”

– Hawa Rizwana

Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hisyam Hamid Akui Perselisihan Suami Isteri Boleh Diselesaikan Tanpa Pihak Ketiga

Ezlynn Tak Paksa Kekasih Peluk Islam