in , ,

Hawa Rizwana Dipilih Jadi Hos Tetap Baharu! Ada Iras Rupa Neelofa?

SEJAK Neelofa berhenti daripada menjadi hos bersama program mingguan ‘MeleTOP’ pada Disember 2019, tiada personaliti dipilih sebagai hos tetap bagi berpasangan dengan Nabil Ahmad. 

Sebanyak 35 selebriti wanita dan lelaki menjadi hos sementara. Antaranya Ulyana Arshad, Elly Mazlein, Sherry alHadad dan Jihan Muse.

Program ‘MeleTOP’ mula bersiaran pada 30 Oktober 2012. Dan sempena 10 tahun usia ‘MeleTOP’, stesen TV Astro Ria akhirnya mencari hos tetap bergandingan dengan Nabil Ahmad.

Setelah melakukan sejumlah penilaian, pihak pengurusan setuju memilih Hawa Rizwana Ahmad Redzwan, 27, sebagai hos baharu.

Secara kebetulan Hawa mempunyai iras Neelofa. Hawa muncul kali pertama mengendalikan ‘MeleTOP’ pada Selasa, 1 November 2022. 

Hawa juga kelihatan masih dalam proses penyesuaian dan setelah beberapa minggu pasti serasi bergandingan dengan Nabil Ahmad. 

Orang ramai agak hairan bagaimana Hawa yang kini bertugas tetap sebagai penyiar radio dan TV (Pembaca Berita TV) di kumpulan Media Prima Berhad kini boleh bekerja sementara di Astro Ria yang merupakan saingan Media Prima.

Perkara ini terjawab apabila Ketua Pegawai Operasi (CEO) Rangkaian Televisyen Media Prima Group, Datuk Khairul Anuar Salleh adalah bekas Naib Presiden Perniagaan Kandungan Melayu dan Nusantara, Astro sejak Mac 2010 sehingga bertugas di Media Prima pada 1 Ogos 2020.  

Jadi ia memudahkan bagi mempelawa Hawa untuk bertugas mengendalikan program ‘MeleTOP’ pada setiap malam Selasa di Astro Ria. 

Hawa Rizwana adalah antara personaliti yang menjadi kesayangan Media Prima. Hawa merupakan pemegang Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM). 

Ketika menjalani Latihan amali di TV3, Hawa diberi kesempatan menghos rancangan Wanita Hari Ini (WHI}. 

Selepas tamat pengajian Hawa terus dilamar kerja oleh Media Prima, bermula sebagai penyampai berita di TV9 (2016-2018) dan kemudian dinaikkan ‘kedudukan’ dengan menjadi penyampai berita di TV3 (2019 hingga kini).

Dan ia bukan asing bagi sejumlah personaliti di Media Prima melakukan kerja di luar waktu kerja atas kebenaran. Antaranya menjadi hos majlis hiburan atau majlis keramaian termasuk perkahwinan.

Pada program ‘Meletop’ pada Selasa, 1 November 2022 lalu, beberapa selebriti turut diundang, antaranya Ella, Datuk Awie dan Syamel. Turut diundang pasangan pengantin baharu pelakon Halim Radzi dan Sharifah Husna.

Pada acara itu turut diumumkan konsert MeleTOP sempena usia 10 tahun ‘MeleTOP’ di Dewan MBSA, Shah Alam, Selangor pada Selasa, 8 November 2022.  

Bintang istimewa dalam konsert itu ialah penyanyi terkenal Indonesia Cakra Khan. Beberapa artis tetkenal tanah air turut mengambil bahagian. Antaranya, Aina Abdul, Hael Husaini, Amir Masdi, Black, Haqiem Rusli dan Khai Bahar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Bakal Buat ‘Comeback’ di China, Perlu Perancangan Yang Rapi

Finale RAMPAS CINTAKU Bakal Membuatkan Penonton Terpaku!