in , ,

Sinopsis Drama KERANA DIA SUKA Lakonan Fikry Ibrahim & Rita Nadira

Pelakon kacak Fikry Ibrahim tidak lari daripada tumpuan orang ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita yang bakal bertakhta dalam hatinya. Jatuh cinta pada seseorang hanya kerana dia suka? Betulkah perasaan cinta itu dilahirkan semudah itu?

KERANA DIA SUKA, drama bersiri diinspirasi daripada novel Kerana Dia Suka karya Marissa yang menampilkan gandingan serasi Fikry Ibrahim dan Rita Nadira menghiasi slot Lestary di TV3 bermula 9 Mac 2022, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam. 

Drama bersiri 20 episod terbitan Zeel Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Kyoll Hamzah, nukilan skrip oleh Mufid Suhaimi dan Next Team Scene telah menampilkan pelakon – pelakon popular Malaysia seperti Fikry Ibrahim, Rita Nadira, Rozita Che Wan, Nasha Aziz, Aidit Noh dan Risyka Akira. 

Kerana Dia Suka,

Wardina (Rita Nadira) terpaksa membatalkan majlis perkahwinannya selepas tunangnya, Sufian ditangkap basah ketika berada di rumah Aida, anak kepada ketua kampung, Tok Jamal. Sufian menyatakan dirinya diperangkap dan tidak akan bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan Wardina. 

Wardina mengambil keputusan untuk bercuti ke Pulau Langkawi bersama-sama dengan Zee kerana tidak mahu diganggu dengan Aida yang sedang rancak membuat persiapan perkahwinan. Di KLIA, Wardina bertembung dengan Idham (Fikry Ibrahim). Pelbagai insiden lucu telah berlaku antara mereka berdua dan Wardina rasa segan dengan Idham. Namun, mereka bertemu lagi di tempat penginapan yang sama dan berpeluang untuk meluangkan masa bersama-sama. 

Wardina selesa berkawan dengan Idham. Idham berterus-terang dengan Wardina bahawa dia telah bertunang. Walaupun tertarik dengan personaliti Idham, Wardina mengawal perasaan kerana tidak mahu menjadi orang ketiga. Malahan, Wardina menganggap perkenalan mereka tidak akan berpanjangan.  

Kerana Dia Suka,

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Wardina berazam untuk memulakan hidup baharu. Dia ingin melupakan Sufian dan dia juga tidak mahu memikirkan tentang Idham lagi. Namun, Sufian masih tidak henti-henti mengganggu Wardina dan bersungguh-sungguh mahu berkahwin dengan Wardina. 

Idham tiba-tiba kembali menghubungi Wardina dan menziarah Wardina yang berada di kampung. Idham mahu lebih mengenali Wardina, malah dia juga bergaul mesra dengan keluarga Wardina. Walaupun terharu dengan kebaikan Idham, Wardina sentiasa menjaga batas kerana tidak mahu mengganggu tunangan orang. Di sebalik ketenangan raut wajah Idham, dia berusaha mencari jalan penyelesaian untuk meleraikan kemelut hubungan dengan tunangnya, Lisa kerana dia sudah mula menyayangi Wardina.. Suka hanya untuk dia, adakah Wardina dan Idham ditakdirkan untuk bersama? 

Kerana Dia Suka,

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan drama romantik, Kerana Dia Suka, setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 bermula 9 Mac 2022. Drama ini menampilkan lagu ‘Kan Kan’ nyanyian oleh Zarol Zarif sebagai runut bunyi rasmi (OST). Kan Kan, hasil ciptaaan oleh Cat Farish dan Suffren Ghafar serta nukilan lirik oleh Cat Farish, Zarol Zarif dan Amri Aziz,  

Kerana Dia Suka,

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sajat 2020 | 17

Australia Banjir Teruk Sampai Darurat, Netizen Kata, Semua Sebab Sajat

Samsung | 18

Fungsi Bixby Routines Samsung Galaxy A52s 5G Memudahkan Tugasan Harian