in , ,

Fungsi Bixby Routines Samsung Galaxy A52s 5G Memudahkan Tugasan Harian

Pernahkah anda teringin untuk mempunyai pembantu peribadi anda sendiri untuk melaksanakan tugasan aktiviti harian anda?

Jika ya, maka anda mungkin ingin menumpu perhatian anda kepada peranti Samsung Galaxy A52s 5G, termasuk ciri pembantu suara AI yang dipanggil Bixby Routines – yang bertindak sebagai pembantu maya yang mempelajari tabiat anda dan memenuhi keperluan anda dengan menggunakan prinsip IFTTT (If This, Then That). Dengan bantuan rutin Bixby, anda dapat mengautomasikan sejumlah tugas berguna pada peranti Galaxy anda untuk memudahkan kehidupan anda yang sibuk dengan pelbagai tugasan.

Galaxy A52s MCR_Social USP

Dari bangun pagi sehingga bersiap untuk tidur pada waktu malam, terdapat rutin Bixby yang boleh anda gunakan untuk memudahkan urusan harian anda. Sebagai contoh, anda boleh menetapkan telefon anda untuk memadamkan mod gelap dan mod jangan ganggu pada setiap waktu pagi lalu membuka kalendar anda untuk melihat acara harian anda sebaik sahaja penggera anda berbunyi – memastikan anda dapat menepati jadual harian anda dengan baik.

Dengan adanya Bixby Routines, anda boleh menjawab panggilan atau melancarkan aplikasi walaupun semasa anda menyediakan makan tengahari – ia boleh membaca pemberitahuan dengan kuat dan juga membalas e-mel selagi anda berada di dalam rumah anda.

Kemudian, fungsi ini membolehkan anda melaraskan waktu tamat masa skrin untuk aplikasi tertentu – jika anda sering tertidur semasa mendengar muzik di YouTube atau menonton filem di Netflix pada waktu malam, Bixby Routines akan mengaktifkan rangkaian kawalan untuk memastikan telefon anda menggunakan kuasa yang kurang.

Ia akan menetapkan peranti anda kepada mod malam, memalapkan paparan skrin dan menutup mana-mana aplikasi yang masih aktif.

Lebih-lebih lagi, anda tidak perlu risau tentang jangka hayat penggunaan peranti anda apabila anda mengerjakan berbilang tugas serentak – dengan bateri 4,500mAh, anda boleh menghabiskan masa yang lama pada peranti anda.

Tambahan pula, dengan RAM sebanyak 8GB dan pemproses Octa-core termaju melakukan yang terbaik untuk anda, ia akan membawa pengalaman yang lebih cekap dalam menyelesaikan tugasan antara aplikasi yang berbeza.

Selain itu, Galaxy A52s 5G juga dilengkapi dengan storan dalaman 256GB dan kad mikroSD tambahan 1TB – membolehkan anda menyimpan lebih banyak dokumen tanpa perlu bersusah payah mengosongkan memori telefon anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Bixby Routines, sila klik SINI.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Samsung Galaxy A52s 5G, sila KLIK SINI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama KERANA DIA SUKA Lakonan Fikry Ibrahim & Rita Nadira

Syanie Hisham Terkilan Ditawar RM500 Untuk Berlakon Dua Episod Drama